Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.mas] | ريمس

Definisi : 1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka; 2. tidak senang hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenang­kan hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu; merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dll), meng­ganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya; kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.mas] | ريمس

Definisi : 1 (berasa) tidak enak atau tidak senang kerana panas, bersesak-sesak dll. 2 tidak senang hati; (berasa) gelisah. merimaskan menyebabkan atau menimbulkan rasa rimas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rimas (adjektif)
Bersinonim dengan tidak senang, tidak selesa, tidak tenteram.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Adakah penggunaan 'rimas' dalam ayat di bawah betul? Jika tidak, apakah perkataan yang boleh digunakan? 1. Ali menunggu kepulangan ibu dengan rimas. Terima kasih.Penggunaan kata rimas dalam ayat Ali menunggu kepulangan ibu dengan rimas lebih sesuai digantikan dengan gelisah iaitu, Ali menunggu kepulangan ibu dengan gelisah.  Kata gelisah membawa maksud tidak tenteram hatinya; berasa khuatir; tidak sabar menunggu.Tatabahasa22.08.2017
Apakah terjemahan "rimas" dalam bahasa Inggeris?Kami mencadangkan "rimas" diterjemahkan sebagai "uneasy", "nervous", "uncomfortable", "troubled" atau "restless". Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan08.07.2021
perkataan berlawan untuk selesaRimasMakna12.09.2007
kata lawan bagi selesaSalam saudari Nora,

Lawan bagi perkataan selesa ialah RIMAS
Makna17.09.2012

Kembali ke atas