Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.mas] | ريمس

Definisi : 1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka; 2. tidak senang hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenang­kan hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu; merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dll), meng­ganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya; kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.mas] | ريمس

Definisi : 1 (berasa) tidak enak atau tidak senang kerana panas, bersesak-sesak dll. 2 tidak senang hati; (berasa) gelisah. merimaskan menyebabkan atau menimbulkan rasa rimas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rimas (adjektif)
Bersinonim dengan tidak senang, tidak selesa, tidak tenteram.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sultrinesskepengapanSainsHidrometeorologiKeadaan cuaca yang rimas dan tidak selesa akibat suhu dan kelembapan tinggi yang terjadi serentak. Keadaan ini bertambah buruk apabila udara tenang dan langit berawan. Istilah ini sedang mendapat pengakuan teknikal dengan peningkatan kajian tentang kelesaan manusia dan hawa dingin. Kepengapan telah dinyatakan dalam nilai beberapa ukuran keselesaan. Beberapa had rendah ialah: tekanan wap sebanyak 14 mm; takat embun setinggi 19oC; suhu setara setinggi 56oC, suhu efektif 24oC dan pasangan suhu dan kelembapan relatif seperti yang berikut: 35oC dan 25 peratus, 30oC dan 40 peratus, 25oC dan 65 peratus.
globus hystericusglobus histerikusPerubatanTiadaRasa rimas, cemas dan sesak nafas, yang biasanya dialami oleh pesakit hysteria.

Kembali ke atas