Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rim.bun] | ريمبون

Definisi : 1. lebat daunnya, berdaun dan ber­cabang-cabang banyak: pokok yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal (rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau mem­punyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah orang ter­buang melainkan ~ rampak dlm kaum­nya, ada beradik kakak; merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~; merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya; rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ tentunya menyedia­kan tempat berteduh yg sangat nyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rim.bun] | ريمبون

Definisi : 1 banyak atau lebat daunnya: Pohon itu ~. 2 lebat atau tebal rambutnya: kepalanya ~ banyak atau lebat rambutnya. merimbun menjadi rimbun: Pokok kacang yg ditanamnya kian ~. rimbunan pohon-pohon yg rimbun. kerimbunan keadaan rimbun: ~ pohon-pohon itu menjadikannya sbg tempat berteduh yg selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rimbun (adjektif)
1. Dalam konteks pokok
bersinonim dengan rendang, bumbun, rampak, rombok, ketel,

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan lebat, tebal, padat,
Berantonim dengan jarang.


Puisi
 

Beras padi dalam guni,
     Padi tidak rimbun lagi;
Maka dikarang warkah ini,
     Hati nan tidak bertahan lagi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dulu rampak rimbun daun,
     kini 'lah sangat merarasi.

Bermaksud :

Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bushy (tree)rimbun (pokok)PertanianTiadaTiada
brier stitchsulam rimbun duriKesenianTiadaKonstruksi sulaman yang menggunakan siri jahit bulu ayam.
afroafroKesenianTiadaStail rambut berbentuk rimbun yang digunakan oleh orang Afrika yang lahir di Amerika Syarikat. Stail ini dipengaruhi oleh budaya Afrika pada tahun 1960-an.
humidicola grassrumput humidikolaVeterinarTiadaRumput saka yang berstolon dengan daunnya berbentuk lanseolat, kurang berbulu, rimbun dan sangat sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah terutamanya tanah berpasir. Daunnya juga leper, berwarna hijau cerah dan menjulur tegap sehingga 5-6 cm lebar dan kira-kira 12-25 cm panjang. Rumput ini tahan terhadap pemotongan yang kerap dan menghasilkan bahan kering yang tinggi antara 11-18 tan/hektar. Kandungan protein kasarnya pula ialah sebanyak 9-11%. Rumput ini boleh diberi kepada ternakan ruminan kecil tanpa menyebabkan fotosensitiviti. Rumput ini juga boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih dan secara tampang serta sesuai dipotong pada setiap 4-6 minggu. Nama saintifik: Brachiaria humidicola.
meadow designreka bentuk padang rumputLandskapTiadaReka bentuk ruang lapang berumput yang mengandungi rumpunan pokok rimbun.
bunchy toppucuk bergerombolBiologiPatologiPenyakit yang disebabkan oleh virus. Gejala utamanya ialah pertumbuhan bergerombol pada pucuk hingga kelihatan rimbun. Contohnya ialah penyakit pada pucuk pisang.
carbon sinkkawasan tadahan karbonPertanianAgroteknologiKawasan semula jadi seperti hutan hujan, tanah dan lautan yang berupaya menyimpan karbon dioksida. Hutan hujan yang terdiri daripada pokok-pokok rimbun menyerap karbon dioksida daripada udara melalui proses fotosintesis dan membentuk karbohidrat. Karbohidrat menjadi stuktur yang menyebabkan pokok membesar dan jumlah karbon akan meningkat dalam pokok. Walaupun pokok menjana karbon dioksida dalam proses respirasi, kadar penyerapan karbon dioksida melebihi kadar penjanaannya, oleh itu hutan hujan dianggap tadahan karbon. Tanah pula merupakan kawasan penguraian bahan tumbuhan yang reput. Bahan reput seterusnya menjadi bahan organik yang tinggi kandungan karbonnya dan disimpan dalam tanah. Lautan merupakan kawasan tadahan karbon terbesar dan berupaya menyerap lebih daripada 25% karbon dioksida yang dijana sedunia.
vegetative cyclekitar vegetatifPertanianAgroteknologiFasa pertumbuhan yang bermula selepas percambahan biji benih sehingga pengeluaran bunga. Pada fasa ini, tumbuhan akan melakukan fotosintesis sebanyak mungkin, dan menghasilkan daun dan batang serta menyebabkan pokok membesar. Pada penghujung fasa ini, tumbuhan akan mengeluarkan bunga dan kadar tumbesaran berkurangan. Apabila pendebungaan berlaku, maka bermulalah fasa reproduktif. Contohnya, dalam penanaman padi, setelah biji benih bercambah, kitar vegetatif bermula dengan tumbesaran dan pengeluaran daun serta anak bilah yang menyebabkan pokok padi rimbun. Di peringkat matang, bunga akan keluar dan tumbesaran akan terhenti serta memberi laluan kepada pembentukan buah padi.

Kembali ke atas