Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rindu;

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(169)
Peribahasa

Adat muda menanggung rindu.

Bermaksud :

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang betul : Zarina sangat rindu pada neneknya atau Zarina sangat rindu akan neneknya.Zarina sangat rindu pada neneknya dan Zarina sangat rindu akan neneknya, kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa24.10.2016
1. dari 2000 atau daripada 2000 2. dari jam 12 atau dari pukul 12 3. rindu kepadanya atau rindu padanya?1. Daripada 2000 ...
2. Dari jam 12 atau dari pukul 12, kedua-duanya betul.
3. rindu kepadanya
 
Tatabahasa03.03.2012
Penggunaan kata sendi mana yang lebih tepat/betul a Matin yang belajar di luar negeri sangat rindu dengan keluarganya atau b Matin yang belajar di luar negeri sangat rindu akan keluarganya. atau c Matin yang belajar di luar negeri sangat rindu kepada keluarganya.Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah Matin yang belajar di luar negeri sangat rindu akan keluarganya.
Tatabahasa16.08.2015
Rindu juga Asyraf kepada / pada kampungnya.Rindu juga Asyraf pada kampungnyaTatabahasa02.12.2011
Asyraf rindu kepada / pada kampungnya.Asyraf rindu pada kampungnya.Tatabahasa02.12.2011
apakah makna rindu

Mengikut Kamus Dewan, kata ‘rindu’ mempunyai dua maksud iaitu; 1. ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dengan seseorang; dan 2. perasaan sangat cinta atau berahi pada seseorang.

Makna22.09.2014
Apakah perbezaan rindu, merindu, merindui, merindukan? Adakah ayat "saya merindu cuaca di Cameron Highland" betul?

Perkataan-perkataan yang dinyatakan boleh dibezakan melalui carian makna. Untuk mendapatkan makna perkataan rindu, merindu, merindui dan merindukan, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my.

Ayat yang betul ialah “Saya merindui cuaca di Cameron Highlands”.

Tatabahasa02.12.2022
kenapa pengggunaan kata pengguat bebas dibenarkan wujud serentak dlm satu ayat?. sedangkan hukum nahu mengatakan hanya satu kata pengguat sahaja dibenarkan. contoh ayat: Raihana amat sangat rindu akan ayahnya.Kata penguat bebas amat, sungguh, sangat kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang tetapi tidak berturutan dalam satu ayat, contoh: Rihana amat rindu akan ayahnya/Rihana rindu amat akan ayahnya.Tatabahasa24.04.2009
Apakah maksud "digamit" dalam ayat "perasaan bagai digamit rindu"? Saya telah cari maksud gamit di Kamus Dewan, tetapi masih tidak faham."Digamit" dalam ayat ini juga membawa maksud "dicuit rindu".
Menurut Kamus Dewan Perdana, digamit bermaksud mengusik atau mengganggu (perasaan, fikiran dan sebagainya).
Lain-lain29.04.2022
Saya ingin membuat semakan nama kedai untuk papan tanda atas nama 'Restoran Ombak Rindu'...Adakah Ianya Boleh Digunakan Sebagai Nama Restoran Saya?Mohon Penjelasan Segera Dari Pihak Tuan..Terima Kasih..Penggunaan nama "Restoran Ombak Rindu" adalah betul. Soalan ini telah dijawab pada 22 September 2015.Tatabahasa23.09.2015
1234

Kembali ke atas