Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.du] | ريندو

Definisi : 1. ingin benar akan sesuatu atau ber­jumpa dgn seseorang: ia selalu ~ akan pa­kaian yg indah-indah; terlalu sangat ~ baginda akan anakanda baginda; ~ akan kampung halaman; 2. = ~ berahi = ~ dendam = ~ rawan perasaan sangat cinta atau berahi pd seseorang: sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya; melepaskan ~ men­curahkan perasaan cinta kasih; menanggung ~ menaruh cinta kasih; merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. ber­nyanyi-nyanyi kerana rindu, ber­senandung kerana rindu; merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn seseorang atau men­dapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm ingatan, kenangan dsb: orang tua itu ~ anak cucunya; saat itu aku begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yg tidak akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~ masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga; rindu-merindui saling berasa rindu: tentu­nya mereka ~ ketika berjauhan; merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nya­nyi­­an yg merawankan dan ~ hati; 2. me­naruh rindu akan: spt pungguk ~ bulan; rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yg dirindukan, kekasih: gadis tunggal ~nya dirampas orang; kerinduan perihal rindu (rasa rindu, ke­inginan dan harapan akan berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata ber­ten­tangan; perindu orang yg menanggung rindu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.du] | ريندو

Definisi : ; perindu; buluh ~ a) sj tumbuhan (buluh), Bambusa magica; b) sj seruling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.du] | ريندو

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok besar), Millettia albiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.du] | ريندو

Definisi : 1 (berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dgn seseorang: Terlalu ~ baginda akan anakandanya. 2 = ~ dendam perasaan sangat cinta atau kasih kpd: ~nya terhadap gadis itu sudah lama terpendam dlm hatinya. merindu menjadi rindu; menanggung rindu. merindui berasa rindu akan: Dia ~ anak-anaknya di kampung. merindukan membangkitkan atau menimbulkan rasa rindu: Nyanyian yg merawankan dan ~ hati. kerinduan keinginan hendak berjumpa dgn orang yg dikasihi dll; rasa rindu. perindu 1 orang yg menanggung rindu. 2 sesuatu yg membangkitkan rasa rindu: buluh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[rin.du] | ريندو

Definisi : ; ~ malam nama sj burung yg bernyanyi pd waktu malam; bulbul, Luscinia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rindu (kata kerja)
Bersinonim dengan kepingin, ingin sekali, kangen, teringin berjumpa;,
Kata Terbitan : merindui,

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(169)
Peribahasa

Adat muda menanggung rindu.

Bermaksud :

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(10)