Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.du] | ريندو

Definisi : 1. ingin benar akan sesuatu atau ber­jumpa dgn seseorang: ia selalu ~ akan pa­kaian yg indah-indah; terlalu sangat ~ baginda akan anakanda baginda; ~ akan kampung halaman; 2. = ~ berahi = ~ dendam = ~ rawan perasaan sangat cinta atau berahi pd seseorang: sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya; melepaskan ~ men­curahkan perasaan cinta kasih; menanggung ~ menaruh cinta kasih; merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. ber­nyanyi-nyanyi kerana rindu, ber­senandung kerana rindu; merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn seseorang atau men­dapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm ingatan, kenangan dsb: orang tua itu ~ anak cucunya; saat itu aku begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yg tidak akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~ masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga; rindu-merindui saling berasa rindu: tentu­nya mereka ~ ketika berjauhan; merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nya­nyi­­an yg merawankan dan ~ hati; 2. me­naruh rindu akan: spt pungguk ~ bulan; rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yg dirindukan, kekasih: gadis tunggal ~nya dirampas orang; kerinduan perihal rindu (rasa rindu, ke­inginan dan harapan akan berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata ber­ten­tangan; perindu orang yg menanggung rindu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.du] | ريندو

Definisi : ; perindu; buluh ~ a) sj tumbuhan (buluh), Bambusa magica; b) sj seruling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.du] | ريندو

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok besar), Millettia albiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.du] | ريندو

Definisi : 1 (berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dgn seseorang: Terlalu ~ baginda akan anakandanya. 2 = ~ dendam perasaan sangat cinta atau kasih kpd: ~nya terhadap gadis itu sudah lama terpendam dlm hatinya. merindu menjadi rindu; menanggung rindu. merindui berasa rindu akan: Dia ~ anak-anaknya di kampung. merindukan membangkitkan atau menimbulkan rasa rindu: Nyanyian yg merawankan dan ~ hati. kerinduan keinginan hendak berjumpa dgn orang yg dikasihi dll; rasa rindu. perindu 1 orang yg menanggung rindu. 2 sesuatu yg membangkitkan rasa rindu: buluh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[rin.du] | ريندو

Definisi : ; ~ malam nama sj burung yg bernyanyi pd waktu malam; bulbul, Luscinia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rindu (kata kerja)
Bersinonim dengan kepingin, ingin sekali, kangen, teringin berjumpa;,
Kata Terbitan : merindui,

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(169)
Peribahasa

Adat muda menanggung rindu.

Bermaksud :

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
daing) Nama biasa bagi pokok dan kayu Millettia atropurpurae dan nama lain bagi ge- nus Millettia daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung Malaysia ialah jenerek, urat rusa dan kayu rindu, manakala di Sarawak ialah kedang belum. Spesies utama kayu ini termasuk Millettia albiflora, M. atropur - purea dan M. vasta. Gubal kayu tulang daing sukar dibezakan daripada teras kayunya dan biasanya

Kembali ke atas