Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.git] | ريڠݢيت

Definisi : 1. mata wang yg bernilai 100 sen: wang ~; R~ Malaysia (dgn simbol RM) unit mata wang Malaysia, mis RM20.00 dan RM320.00; 2. Id mata wang atau wang drpd perak yg bernilai 2.5 rupiah, digunakan pd zaman penjajahan Belanda; beringgit-ringgit beberapa ringgit, banyak ringgit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.git] | ريڠݢيت

Definisi : gerigi atau rigi-rigi (pd tepi roda pemetik api dll); beringgit, beringgit-ringgit bergerigi, be­rigi-rigi; meringgiti membuat ringgit-ringgit (pd besi dll); besi baik diringgiti prb perihal sesuatu yg sudah baik dibaiki lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.git] | ريڠݢيت

Definisi : mata wang yg bernilai seratus sen: ~ Malaysia. seringgit seratus sen; satu ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ringgit

Puisi
 

Orang Boyan balik ke Boyan,
     Bawa duit satu ringgit;
Niat hati nak getah bayan,
     Tergetahlah mari burung serindit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Besi baik dibajai (= diringgiti).

Bermaksud :

Barang baik, diperbaiki lagi. ringgit = rigi-rigi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mungkul Ibdenda yang bernilai satu ringgit.Upah aku tidak banyak. Seperti yang biasa dilakukan dahulu, kalau mengadakan upacara belian seperti ini upahnya lapan mungkul saja, parang sebilah, tajau sebuah, dan ayam seekor.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
haboi Kdtali pinggang yang diperbuat daripada syiling perak.Haboi - bertungkat, ringgit perak yang dipakai di bahagian pinggul atau pinggang.Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
kurisang Mr Tdkerongsang.Geroncong - Kurisang iaitu sejenis pin penyemat belahan dada baju selalunya diperbuat daripada ringgit perak.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
cuncun, *cun-cun* MSrtepat, padan, sesuai (ukuran, sasaran).Kalau semuanya sudah selamat dipunggah ke gudang Ah Guan nanti, dapatlah wang enam ringgit cuncun; tidak lebih dan tidak kurang.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rangin Ib, MSrsejenis kuih yang berwarna putih yang diperbuat daripada adunan kelapa, tepung pulut dan gula.Mak Minah meninggalkan rumah berbekalkan wang sebanyak dua ringgit. Dia tahu menantunya suka memakan kuih rangin dan Kartini suka kepada penyaram.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas