Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abridged evaluation procedureprosedur penilaian ringkasHerbaPeraturan dan PemasaranTatacara ringkas yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk penilaian produk siap herba bagi tujuan pendaftaran produk. Prosedur penilaian ringkas biasanya digunakan untuk produk yang berketoksikan rendah. Prosedur ini dapat memendekkan tempoh proses pendaftaran produk.
simple sequence repeats (SSR)ulangan jujukan ringkas (SSR)BioinformatikBioinformatik MolekulJujukan DNA yang terdiri daripada ulangan dua hingga lima bes secara berturutan. Ulangan jujukan ringkas ini juga dikenali sebagai mikrosatelit DNA.
anecdoteanekdotKesusasteraanTiadaNaratif ringkas tentang sesuatu perkara yang dianggap benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan seseorang tokoh. Anekdot biasanya wujud dalam penulisan biografi, esei, dan ucapan tertentu. Anekdot bertujuan untuk memperincikan perwatakan seseorang dan memberikan penekanan kepada sesuatu idea yang abstrak agar lebih konkrit dan mudah difahami. Tema dan plot sesuatu anekdot biasanya ringkas dan mudah. Kebanyakannya mengandungi mesej yang bersifat didaktik, ironi, dan sindiran. Ada kalanya anekdot penuh dengan kisah lucu dan menghiburkan hati pembaca. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat anekdot tentang tokoh sejarah tertentu dalam karya sastera bercorak sejarah. Contohnya dalam Sejarah Melayu terdapat anekdot tentang Tun Perak, Tun Mutahir, Tun Fatimah, sultan, pembesar, dan watak lain. Kisah �Tun Mai Ulat Bulu� belajar mengaji dengan Makhdum Sadar Jahan merupakan salah satu anekdot lucu yang menarik. Anekdot lucu juga boleh ditemui dalam cerita �Pak Kaduk� dan �Lebai Malang�.
clipped wordkata ringkasSains KesihatanTiadaPendekan daripada perkataan yang panjang, seperti moto daripada motosikal dan plane dari aeroplane.
simple macerationmaserasi ringkasHerbaTiadaTeknik maserasi yang dilakukan pada suhu bilik berskala kecil. Campuran bahan herba dan pelarut digoncang sesekali. Kebanyakan farmakopeia rasmi menggunakan teknik maserasi ini untuk penentuan nilai ekstraktif bahan herba.
abridged versionversi ringkasKesusasteraanTiadaSebuah teks yang diringkaskan. Contoh Naratif Ogonshoto edisi pelajar.
abridged mortality tablejadual kemortalan ringkasinsuransTiadaJadual mengenai kadar kematian mengikut kumpulan umur.
blurbblurb-TiadaKeterangan ringkas tentang buku pada bahagian jaket atau kulit belakang buku bagi tujuan promosi.
albuminalbuminFizikNanoteknologiProtein ringkas yang larut dalam air dan dapat tergumpal oleh haba. Albumin didapati dalam putih telur, serum, darah, susu, dan kebanyakan tisu haiwan dan tumbuhan. Dalam bidang perubatan, albumin merupakan bahan yang menjadi kunci untuk melaraskan tekanan osmotik darah, manakala dalam bidang nanoteknologi, albumin dapat bertindak sebagai surfaktan dalam proses sintesis nanobahan.
bacteriumbakteriumFizikNanoteknologiMikroorganisma ringkas yang tersangat kecil, biasanya diklasifikasikan dalam kumpulan kulat. Bakterium banyak terdapat di dalam tanah dan air, sebahagiannya memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Nanoteknologi digunakan untuk menghapuskan bakterium sebagai alternatif kepada penggunaan bahan kimia yang mendatangkan kesan sampingan kepada alam sekitar.
123456789

Kembali ke atas