Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rintik-rintik

Puisi
 

Turun hujan rintik-rintik,
     Tumbuh cendawan gelang kaki;
Kami sepantun telur itik,
     Kasih ayam baharu jadi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan diantara hujan rintik-rintik dengan gerimis?Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan gerimis sebagai hujan rintik-rintik. Oleh itu, tiada perbezaan antara hujan rintik-rintik dengan gerimis.Tatabahasa22.03.2013
emak______kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mulai turun. (mengandar/ menarik/ mengambil/ mengangkat) tuan, manakah satu jawaban sesuai digunakan ? tq

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. mengandar - membawa barang dengan kandar, memikul, membalas

2. menghela supaya bergerak ke arah sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret

3. mengambil - memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan sesuatu

4. mengangkat -  i. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan ii. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain.

Berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, perkataan yang paling sesuai ialah mengambil. (emak mengambil kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mula turun)

Makna20.09.2011
apa makna umpama kendi dengan kurek? yang mana kendi,yang mana kurek?

Saudara,

Untuk makluman, tiada ungkapan ini di dalam rekod kami. Walau bagaimanapun makna kendi ialah   sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin), manakala makna kurik(bukan kurek) ialah bintik-bintik, rintik-rintik. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

 

Makna27.12.2009
Salam sejahtera, tuan -tuan dan puan-puan. Saya ingin tanya bapa borek anak rintik membawa maksud yang positif ke ataupun negatif?

“Bapa borek anaknya tentu rintik”, boleh membawa maksud negatif atau positif bergantung pada konteks dan penggunaan dalam ayat.

Contoh peribahasa ini ditunjukkan dalam ayat yang berikut:

Ani mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas-desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mentuanya sendiri pernah berkahwin empat. Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.

Lain-lain13.06.2023
Salam sejahtera. Saya ingin menyemak terjemahan yang sesuai untuk fabrik "heather"iaitu sejenis fabrik berwarna yang dicampurkan poliester hitam atau putih. Mana yang lebih sesuai? Fabrik corak rintik, fabrik corak belang-belang atau fabrik corak capuk. Terima kasih.Perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun demikian, berdasarkan konsep yang diberikan, kami mencadangkan fabrik heather diterjemahkan kepada fabrik rintik atau fabrik kurik.Penyemakan dan penterjemahan10.08.2018

Kembali ke atas