Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.sa.lah] | رساله

Definisi : Ar 1. surat edaran (siaran): siaran itu di­­keluarkan dgn rasmi melalui akhbar-akhbar dan beribu-ribu ~ yg ditaburkan; 2. karangan (rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara: diusahakan buku-buku kecil atau ~-~ pe­ngenalan tentang PBB; ~ ujian Id karangan utk peperiksaan, disertasi; 3. sl yg diutuskan (surat, utusan, dll), yg dikirimkan; menye­barkan (menyampaikan) ~ me­nye­barkan (me­­nyampaikan) seruan agama (rasul-rasul); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.sa.lah] | رساله

Definisi : 1 taraf atau kedudukan sbg rasul; kerasulan: Nabi Musa a.s. menerima ~ dan Kitab Taurat di Bukit Tursina. 2 sesuatu yg diutuskan (spt surat, utusan). 3 surat edaran. 4 karangan ringkas ttg sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
risalah (kata nama)
Bersinonim dengan brosur, pekeliling, buletin, surat siaran, surat edaran, warta.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RISALAH

Risalah ialah karya pendek yang diterbitkan

tentang perkara yang topikal

UMUM 
ALMANAK

Almanak ialah sebuah buku atau risalah, lazimnya

terbit setahun sekali. Buku atau risalah ini

mengandungi pelbagai jenis maklumat. Sebuah

almanak biasanya mempunyai takwim, tarikh dan

peristiwa ulung, pergerakan bintang-bintang, dan

fakta mengenai kerajaan, sejarah, geografi, dan kaji

cuaca. Ia mungkin memaparkan juga perangkaan

mengenai populasi, industri dan pengeluaran

ladang.

UMUM 
PAINE, THOMAS

Paine, Thomas (1737–1809) ialah penulis risalah,

pejuang politik, dan penulis politik dan agama

Amerika kelahiran Inggeris yang terkenal. Tulisannya

mempengaruhi pemikiran politik pemimpin Revolusi

Amerika, dan dia menjadi tokoh terkenal di Paris

semasa Revolusi Perancis. Bekas Presiden Amerika

Syarikat, John Adams menulis pada tahun 1806, “Saya

tidak kenal sebarang orang di dunia yang lebih

berpengaruh terhadap kehidupan atau hal ehwal

yang berlaku di dunia selama 30 tahun yang lalu

berbanding Thomas Paine”.

UMUM 
GAYA DEWAN

GAYA DEWAN,  sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4” x 7” ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7” x 10” berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks.

BAHASAPenerbitan
RAZI, ABU BAKAR MUHAMMAD AL-

Razi, Abu Bakar Muhammad al- (250–320 H./

864–924 M.), pakar bidang perubatan yang

menghasilkan pelbagai karya dan risalah mengenai

perubatan. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn

Zakariyya Abu Bakar al-Raziy. Dia lahir di bandar al-

Rayy yang terletak di selatan Tehran. Dia

mempelajari bidang perubatan selama 30 tahun

sehingga dilantik menjadi Pengarah Hospital Besar

Bimaristan di al-Rayy. Tidak lama selepas itu, dia

berpindah ke Baghdad.

UMUM 
LIBRARY OF CONGRESS

Library of Congress, di Washington D.C.,

ialah salah sebuah perpustakaan penyelidikan

yang terbesar dan paling bernilai di dunia. Library

of Congress mempunyai lebih kurang 84 juta

bahan dalam koleksinya, termasuk lebih daripada

20 juta buah buku dan risalah, dan berjuta-juta

carta, ukiran, manuskrip, peta, filem, gubahan

muzik, gambar foto, dan rakaman. Perpustakaan

ini memiliki koleksi incunabula (buku yang dicetak

sebelum tahun 1501) yang terbesar di Hemisfera

Barat. Koleksi ini mempunyai lebih kurang 5600

buah buku, termasuk satu naskhah Kitab Bible

Gutenberg yang amat sempurna, iaitu sebuah buku

penting yang pertama dicetak di dunia Barat.

UMUM 
MUHAMMAD RASHID RIDA

Muhammad Rashid Rida (1282 H.–1354 H./

1865 M.–1935 M.), tokoh modenisasi dan pemikir

Islam di Mesir dan dunia Arab. Nama penuhnya ialah

Muhammad Rashid ibn ‘Ali Rida Shams al-Din ibn

Muhammad Baha’ al-Din. Muhammad Rashid Rida

ialah penulis yang mahir dalam bidang hadith, sastera,

sejarah dan tafsir. Dia lahir di kampung al-Qalamun

berdekatan Tarablus, di Syam dan merupakan anak

murid kepada Husayn al-Jasar, penulis kitab al-Risalah

al-Hamidiyyah. Muhammad Rashid Rida menerima

ijazah pada tahun 1897 dan terpengaruh dengan

aliran pemikiran Jamalaluddin al-Afghaniy serta

Muhammad ‘Abduh dalam penulisannya melalui

majalah al’Urwah al-Wuthqa.

UMUM 
PKMPKM, parti politik kiri. PKM ialah singkatan Parti Komunis Malaya. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1930 di Singapura. Usaha penyebaran ideologi komunis di kalangan orang Cina di Singapura dan di Tanah Melayu telah dimulakan sejak tahun 1921. penyebaran ideologi ini dilakukan melalui cawangan Kuomintang, sekolah Cina, risalah dan buku ideologi komunis. Beberapa orang tokoh komunis seperti Alimin, Tan Malaka, Darsono dan Sneevliet telah melawat dan tinggal buat sementara di Singapura. Dengan itu, penubuhan PKM kuat dipengaruhi oleh Parti Komunis di Negeri China dan gerakan Komunis Antarabangsa (Comintern) yang diselenggarakan oleh Rusia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KITAB AL-HAYAWAN

Kitab al-Hayawan ialah salah satu daripada

kitab induk sastera, pengetahuan dan kebudayaan

umum. Ia ditulis oleh Abu Uthman, Amr ibn Bahr

ibn Mahbub, al-Jahiz (255 H/868 M). Al-Jahiz ialah

seorang tokoh ulung dalam seni penulisan dan

mencapai tahap kemuncak ketinggian ilmu

bayan dalam bahasa Arab. Dia meninggalkan lebih

kurang 350 kitab dan risalah.

UMUM 
QARI AL-HARAWIY, AL -

Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah

pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an.

Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah

pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an. Nama

penuhnya Ali ibn Muhammad Abu Hassan al-

Harawiy. Dia lahir di Hirah, kemudian berpindah

dan menetap di Makkah sehinggalah dia

meninggal dunia. Kitab-kitab yang dikarangnya

ialah Marqah al-Mafatih li Mashkah al-Masabih;

Tazkirah al- Mawdua’t; al-Masnu’ fi Ma‘rifah al-

Mawdu‘; Talkhis al-Qamus; Syarh al-Ra’iyyah fi

Rasm al-Mashaf; Syarh al-Risalah al-Qushaiyriyyah;

Anwar al-Qur’an wa Asrar al-Furqan dan

sebagainya.

UMUM 
12

Kembali ke atas