Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; merisik meraba-raba atau mencari-cari sesuatu: dlm gelap itu, ia ~ suis lampu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = risikan 1. usaha (dgn diam-diam) utk mengetahui sesuatu, penyiasatan yg dilakukan dgn sembunyi-sembunyi, pengusutan: ~-~ damai telah dibuat melalui Bangkok; drpd ~ yg dibuat, ternyata kekuatan musuh lebih besar drpd yg dijangka semula; 2. keterangan (bukti) yg diperoleh secara rahsia: ia men­dapat ~ bahawa rancangannya telah di­ketahui orang; merisik 1. menyelidiki atau menyiasat dgn sembunyi-sembunyi (bersulit-sulit): setelah beberapa lama ~, ia mendapat kepastian bahawa orang yg dirisik itu hanya seorang musafir; 2. (mengirim orang) menyiasat berjaya atau tidak pinangan, mengirim orang utk meminang: dia menyuruh saya ~ Wan Mahani anak Pak Haji...; maka ~lah ibunya di kampung mencari gadis yg baik utk men­jadi isterinya; perisikan perihal (kegiatan dsb) merisik: pengarah ~; perisik orang atau jabatan yg tugasnya me­risik (mencari keterangan, dll dgn sem­bunyi-sembunyi): pegawai ~; polis ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. gerisik; 2. bisik: ada pula ~-~ yg me­­ngatakan ia sudah berkahwin semula; berisik berbisik-bisik; merisikkan 1. menggerakkan (daun dll) hingga menggerisik; 2. membisikkan (mem­beritahukan dgn berbisik-bisik): kononnya ketua-ketua tentera itu merisik-risikkan hendak perempuan muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; merisik menyelidik sesuatu secara diam-diam. perisik orang atau jabatan yg tugasnya merisik (mencari rahsia dll): pegawai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
risik
Kata Terbitan : merisik,

Puisi
 

Cepu-cepu karang Cina,
     Risik mengisi kain;
Cepu-cepu adik nak tanya,
     Betul ke tidak nak cari lain?


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Risik rebab di dalam bilik, Mengulitkan tidur Raja Betawi; Rambut lebat keningnya lentik, Cantik semacam Sitalah Dewi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cepu-cepu karang Cina, Risik mengisi kain; Cepu-cepu adik nak tanya, Betul ke tidak nak cari lain?Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas