Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.bot] | روبوت

Definisi : Jk; merobot berbunyi berdetus (spt senapang, mercun, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.bot] | روبوت

Definisi : 1. mesin automatik yg diprogramkan utk bergerak dan melakukan sesetengah kerja bagaikan seorang manusia; 2. ki orang yg melakukan sesuatu tanpa fikiran dan perasaan bagaikan sebuah mesin; merobotkan menjadikan berfungsi (bekerja dsb) spt robot: apakah ini merupakan suatu usaha ke arah ~ manusia? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.bot] | روبوت

Definisi : mesin yg dpt melakukan atau membuat berbagai-bagai pekerjaan manusia. merobotkan menukar sis­tem pengeluaran, operasi kilang dsb kpd sistem atau operasi yg dijalankan oleh robot (mesin). perobotan proses, cara dsb menukar sistem (operasi dsb) kpd sistem (operasi dsb) yg dijalankan oleh robot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata robot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan. Bolehkah tuan cadangkan terjemahan bagi istilah 'Pedestal Mounted Place Robot'? Sekian, terima kasih.Cadangan kami, Pedestal Mounted Place Robot - Robot Setempat Berkaki
Penyemakan dan penterjemahan31.12.2015
Salam sejahtera tuan/puan. Saya ingin meminta cadangan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Pick and Place Robot 2. Press Line Robot Sekian, terima kasih.Cadangan kami,
1. Pick and Place Robot - Pilih dan Tempatkan Robot
2. Press Line Robot - Tekan Litar Robot
Penyemakan dan penterjemahan02.01.2016
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin meminta cadangan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1) Standoff (alat seperti sesendal) 2) Diamond Turned Dome 3) Frangible Dome 4) Pedestal Mounted Place Robot 5) Rectilinear Welding Robot Bantuan daripada pihak tuan/puan amat diharapkan dan dihargai. Sekian, terima kasih. SriPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Standoff - Sesendal
2. Diamond Turned Dome - Kubah Pusing Intan
3. Frangible Dome - Kubah Repas
4. Pedestal Mounted Place Robot - Robot Setempat Berkaki
5. Rectilinear Welding Robot - Robot Kimpalan Rektilinear
Istilah05.12.2015
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah cadangan terjemahan bagi istilah 'Base Mounted Place Robot'? Sekian, terima kasih.Terjemahan yang dicadangkan ialah Robot Setempat Berdasar atau Robot Setempat Berkaki.Istilah31.12.2015
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah ayat itu robot canggih tepat atau tidak.Ayat yang lebih tepat ialah:
Robot itu canggih.
Tatabahasa15.12.2023
Adakah ayat ini betul? Ali mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan " Ciptaan Robot".Ali mendapat tempat kedua dalam pertandingan "Ciptaan Robot".Tatabahasa09.11.2014
Adakah ayat ini betul? Ali mendapat robot yang cantik dengan gembira.Ayat tersebut adalah betul.Tokoh09.11.2014
As'salam. Saya ingin meminta bantuan pihak tuan/pun untuk memastikan bagi terjemahan perkataan yang berikut adalah tepat 1. Cybersecurity - Keselamatan siber 2. Autonomous robots - Robot automatik 3. System integration - Integrasi sistem 4. Internet of things - Internet benda 5. Simulation - Simulasi 6. Additive manufacturing - Pembuatan bahan tambah 7. Cloud computing - Pengkomputeran awan 8. Augmented Reality - Realiti perantara 9. Big data - Data raya Harap pihak tuan/puan dapat membantu. Terima kasihSemua padanan bahasa Melayu adalah betul kecuali nombor 2, 3 dan 8 (2. Autonomous robots - Robot berautonomi;  3. System integration – Persepaduan sistem dan 8. Augmented Reality - Realiti terimbuh).Istilah19.07.2018
As'salam. Saya ingin bertanya istilah yang tepat bagi perkataan Robotic arm, adakah Lengan robotik atau Robot lengan. Terima kasihPenggunaan yang betul ialah lengan robotik.Penyemakan dan penterjemahan31.07.2018
apakah maksud robotik menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus tersebut?Maknanya ialah bidang sains yg berkaitan dgn reka bentuk, pembuatan, penggunaan dsb robot.Makna05.07.2010
12

Kembali ke atas