Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.bo.tik] | روبوتيک

Definisi : bidang sains yg berkaitan dgn reka bentuk, pembuatan, penggunaan dsb robot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.bo.tik] | روبوتيک

Definisi : bidang sains yg berkaitan dgn reka bentuk, pembuatan, penggunaan dsb robot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata robotik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
roboticsrobotikMatematikTiadaTiada
movable-active toolingperkakas aktif boleh alihKejuruteraanKejuruteraan MekanikPeralatan dalam sistem robotik yang boleh bergerak dan memerlukan kuasa untuk membolehkannya beroperasi.
computer integrated manufacturingpembuatan sepadu berkomputerTeknologi MaklumatTiadaPendekatan penyatuan yang tersusun terhadap semua penggunaan dalam pembuatan seperti CAD, CAM, robotik, dan sistem maklumat pembuatan.
CIM (computer integrated- manufacturing)CIM (pembuatan sepadu komputer)Teknologi MaklumatTiada1. Pendekatan penyatuan yang tersusun terhadap semua penggunaan dalam pembuatan seperti reka bentuk berbantu komputer (CAD), pembuatan berbantu komputer (CAM), robotik dan sistem maklumat pembuatan. 2. Automasi sistem pembuatan yang menggabungkan teknologi sistem maklumat dan teknologi siber.
high-throughput screening (HTS)penabiran celusan tinggi (HTS)HerbaFitokimiaKaedah yang digunakan untuk pengujikajian saintifik terutama dalam penemuan drug dan berkait rapat dengan bidang biologi serta kimia. Kaedah ini menggunakan sistem robotik, pemprosesan data dan perisian kawalan, peranti pengendalian cecair, dan pengesan sensitif. HTS membolehkan penyelidik melakukan ujian biokimia, genetik dan farmakologi dengan pantas. Melalui kaedah ini, seseorang boleh mengenal pasti dengan cepat sebatian aktif, antibodi atau gen yang memodulasikan laluan biomolekul tertentu. Hasil kajian ini menjadi titik permulaan bagi reka bentuk drug dan untuk memahami saling tindakan ataupun peranan sesuatu proses biokimia dalam sistem biologi.
drug discoverypenemuan drugHerbaFitokimiaProses mengenal pasti sebatian bioaktif yang boleh dibangunkan menjadi drug. Proses ini melibatkan penilaian bioaktiviti ke atas ekstrak atau pecahan ekstrak, diikuti pengasingan dan pengenalpastian identiti sebatian bioaktif dalam ekstrak tersebut. Proses penemuan drug moden menggunakan kaedah penabiran celusan tinggi yang melibatkan biocerakin pantas menggunakan enzim, reseptor atau sel khusus, dan penggunaan peralatan robotik moden. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan penemuan drug, proses ini juga digandingkan dengan teknik bersempang dan nyahreplikasi.
drug discoverypenemuan drugHerbaPemiawaianProses mengenal pasti sebatian bioaktif yang boleh dibangunkan menjadi drug. Proses ini melibatkan penilaian bioaktiviti terhadap ekstrak atau pecahan ekstrak, diikuti oleh pengasingan dan pengenalpastian identiti sebatian bioaktif dalam ekstrak tersebut. Proses penemuan drug moden menggunakan kaedah penabiran celusan tinggi yang melibatkan biocerakin pantas menggunakan enzim, reseptor atau sel khusus, dan menggunakan peralatan robotik moden. Bagi meningkatkan keberkesanan penemuan drug, proses ini juga digandingkan dengan teknik bersempang dan nyahreplikasi. Contohnya, penemuan eurikomanon daripada akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan goniotalamin daripada daun kenerak (Goniothalamus umbrosus) untuk merawat kanser.

Kembali ke atas