Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® rok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rock


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rock bandkumpulan rock/kugiran rockMakna07.05.2007
Apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah rock shed? Rock shed ialah binaan berbentuk terowong jalan raya yang dibina sepanjang cerun bukit untuk menangani kejadian tanah runtuh. (Sumber istilah: https://www.kkr.gov.my/ms/pembinaan-cerun-kaedah-rock-shed-di-laluan-ft185)Padanan bahasa Melayu bagi istilah rock shed ialah pelindung batu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.11.2023
Bolehkan digunakan perkataan 'rock' yang merupakan sejenis genre muzik? Jikalau boleh, adakah perlu diitalikkan dan adakah perkataan itu merupakan kata nama khas?Dalam bidang muzik ejaan "rock" dikekalkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rock">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rock.Tatabahasa03.11.2015
Salam sejahtera. Adakah terjemahan ini betul untuk konteks berikut: ST: They are opening for the rock band concert. TT: Mereka akan merasmikan konsert kumpulang rock tersebut.Terjemahan yang betul ialah Mereka akan membuat persembahan pembukaan untuk konsert kumpulan rock Makna13.03.2017
party rock anthemeSoalan saudara kurang jelas, sila hubungi kami semula.Lain-lain29.07.2011
Suara penyanyi rock itu sungguh menghiburkanpara penonton yang menyaksikan konsert itu. Garau/LantangDalam konteks ayat tersebut, perkataan lantang lebih sesuai digunakan berbanding garau kerana bermaksud kuat dan jelas. Manakala garau pula bermakna kasar dan besarMakna17.08.2016
BM translation of: 1. Rock climbing 2. nsanity

1. Istilah untuk 'rock climbing' ialah daki tembok.

2. Tidak ada perkataan 'nsanity' dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah 'insanity' yang padanan bahasa Melayunya ialah ketaksiuman atau kehilangan akal.

Istilah01.04.2011
Bahasa Melayu bagi perkataan Rock melon sejenis buahDalam istilah bahasa Inggeris rock melon juga dikenali sebagai 'cantaloupe' atau 'musk melon' yang bermaksud tembikai Wangi.Makna20.04.2020
Bolehkah saya memadankan istilah rock/stone skipping dengan kata "encat" (tersenarai dalam glosari dialek pahang) kerana maknanya sama?Perkataan rock skipping boleh diterjemahkan kepada encat. Kata dialek juga boleh dinaik taraf sebagai kata baku apabila tiada padanan dalam bahasa Melayu.Istilah14.08.2018
Mohon padanan kata untuk "stone wool" Definisi daripada laman web = Stone wool or Rock wool is a spun mineral fibre used as an insulation product and in hydroponics. T.Kasih.Istilah bahasa Melayu untuk rock wool ialah wul batuan.Istilah06.04.2011
12

Kembali ke atas