Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.da] | رودا

Definisi : benda yg bulat (biasanya berjari-jari): ~ basikal; ~ kereta lembu; ~ angin = ~ dua Id basikal; ~ (ber)gigi roda yg bergerigi; ~ canai roda utk mencanai (mengasah) sesuatu; ~ gendeng Id, bp roda yg menggerakkan mesin; ~ kapal baling-baling kapal; ~ pandu roda (alat) utk me­mandu (kereta dll); ~ penghidupan per­tukar­an keadaan (nasib dll) dlm kehidupan; ~ tangan roda yg digerakkan dgn tangan; ~ tiga a) basikal beroda tiga; b) beca; untung sbg ~ pedati prb nasib manusia berubah-ubah (yg miskin menjadi kaya, yg kaya menjadi miskin); beroda memakai roda, ada rodanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.da] | رودا

Definisi : bingkai bulat berjari-jari yg di­pasang pd gandar dan dpt berpusing: ~ kereta lembu; ~ basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata roda

Peribahasa

Untung sebagai roda pedati.

Bermaksud :

Nasib manusia berputar-putar turun dan naik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "steered wheel" sesuai diterjemahkan kepada "pengemudi roda" atau "roda dikemudikan"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat dan cadangan pihak tuan/puan. Terima kasih.Mohon tuan/puan berikan penggunaan steered wheel dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah26.10.2018
Salam, apakah terjemahan untuk istilah yang merujuk kepada roda/tayar kereta kebal? Adakah betul jika diterjemahkan seperti berikut, trek berantai/roda berantai/tayar berantai. Untuk makluman, perkataan bahasa Inggerisnya ialah Track. Terima kasih.Penggunaan yang paling sesuai ialah roda berantai bagi merujuk roda yang menggerakkan kereta kebal.Istilah13.09.2012
Assalamualaikum, Saya ada terjumpa penggunaan perkataan iaitu BECA TIGA RODA. Apa bezanya dengan BECA RODA TIGA. Mana yang tepat? Terima kasih.

Waalaikummussalam...

Kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu beca yang memiliki tiga roda. 'Beca Roda Tiga' merupakan pengggunaan perkataan yang tepat.

Istilah17.10.2012
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk meletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang membawa warga tua menaiki kerusi roda. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang ada Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang membawa seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduk oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang menyorong seorang pesakit tua.1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk diletakkan di atas tilam.
2. Jururawat itu sedang menyorong warga tua yang menaiki kerusi roda itu.
3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang dinaiki oleh Pak cik Leng.
4. Seorang jururawat sedang menyorong seorang lelaki yang duduk di kerusi roda itu.
5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduki oleh pesakit itu.
6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang memimpin seorang pesakit tua.
Tatabahasa10.08.2013
apakah itu aci secra teori?,serta penggunaan aci di stesen janaelektrik?.Aci merujuk pada batang logam tempat roda berpusing, gandar roda. Saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan bahan-bahan berhubung dengan penggunaan aci.Lain-lain13.03.2007
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang jururawat menolak kerusi roda untuk pesakit kurang upaya. 2. Puan Sofea menolak kerusi roda yang dinaiki seorang pak cik.Ayat pertama betul. Ayat kedua dibaiki seperti berikut:

Puan Sofea menolak kerusi roda yang dinaiki oleh seorang pak cik.
Tatabahasa05.08.2013
Apa maksud "pasuan"? Saya jumpa perkataan ini tertulis pada entri "pencetak roda daisi".Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1629), kata pasuan bermaksud (berkenaan dengan bunga, pokok dan sebagainya) ditanam di dalam pasu. Penggunaan kata pasuan dalam huraian "pencetak roda daisi" dalam bidang kejuruteraan perlukan penjelasan maknanya daripada pakar bidang tersebut.Makna18.01.2024
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Apakah terjemahan sesuai untuk perkataan "trike ". Trike - is that trike is a tricycle (like a motorcycle but instead of 2 wheels, it has 3 wheels) while tricycle is a cycle with three wheels, powered by pedals and usually intended for young children.Kami mencadangkan "trike" diterjemahkan sebagai "basikal roda tiga" atau "motosikal roda tiga". Padanan ini bergantung pada bentuk atau fungsi objek tersebut. Istilah10.08.2021
1. Ferris Wheel dalam bahasa malaysia ? terima kasihPadanan Ferris Wheel dalam bahasa Melayu ialah roda Ferris. Istilah03.02.2010
Apakah maksud "digilis"?Digilis bermaksud ditindih dengan benda yang bulat berat sambil berputar berguling-guling, seperti roda kereta api dan sebagainya.Tatabahasa03.05.2014
1234

Kembali ke atas