Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.két] | روکيت

Definisi : (rokét) 1. sj pesawat berbentuk silinder yg dilancarkan dgn ledakan; 2. sj senjata (peluru) yg dilancarkan dgn ledakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.két] | روکيت

Definisi : /rokét/ 1 alat yg berbentuk spt silinder tetapi lancip ke hujung dan dilancarkan dgn letusan. 2 senjata api yg dilancarkan dgn letusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata roket


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum, saya ialah penulis buku teks sains tahun 5 kssr. saya menghadapi masalah mencari satu perkataan yang sesuai untuk aktiviti yang saya tulis. apakah perkataan yang sesuai untuk roket air yang saya lancarkan di udara? perkataan melayang atau perkataan terbang. sebagai contoh; saiz roket yang manakah akan melayang tinggi di udara apabila dilancarkan? atau saiz roket yang manakah akan terbang tinggi di udara apabila dilancarkan? terima kasihAdakah konsep roket air sama seperti roket biasa yang meluncur ke udara? Jika sama, kata kerja yang sesuai untuk menerangkan hal keadaannya itu ialah meluncur, seperti yang banyak ditemukan dalam penulisan tentang roket, contohnya tapak peluncuran.Tatabahasa19.01.2014
Adakah ayat-ayat ini betul? 1.Kamal telah sampai do Johor pada pukul 9.00 pagi. 2.Angkasawan itu mendarat di bulan dengan roket baharu.Kamal telah sampai di Johor pada pukul 9.00 pagi. Angkasawan itu mendarat di bulan dengan roket baharu. Kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa19.01.2017
APAKAH MADSUD DAN KEPENTINGAN AEROANGKASAMenurut Kamus Dewan ke-4, Aeroangkasa ialah bidang yang berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru berpandu, kapal angkasa lepas dsb yg terbang atau beroperasi dlm ruang angkasa lepas. Dalam era globalisasi, bidang ini penting kerana ia seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi masa kini. Makna27.12.2007

Kembali ke atas