Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rom.ba.kan]/[rom.ba/.kan] | رومبقن

Definisi : bongkaran, runtuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rom.ba.kan]/[rom.ba/.kan] | رومبقن

Definisi : susunan semula; bongkaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rombakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ministerial reshufflerombakan kementerianPentadbiranPentadbiran Awam

Penyusunan semula kementerian dan kabinet yang dilakukan oleh ketua kerajaan untuk tujuan tertentu bagi menyuntik semangat kerja yang lebih kukuh, pemantapan pentadbiran negara dan bagi mengisi kekosongan portfolio. Rombakan ini bukan sahaja melibatkan pelantikan ahli yang baru tetapi juga pembentukan kementerian atau dasar baru yang dipercayai boleh memantapkan lagi pentadbiran negara. Dalam konteks negara Malaysia Perdana Menteri terlibat secara langsung dalam rombakan kabinet dan kementerian.

revamprombakanKomunikasiTiadaPerubahan secara menyeluruh terhadap sesebuah penerbitan melalui proses suntingan.
fuel shufflingrombakan bahan apiKejuruteraanTiadaPenyusunan semula unsur bahan api dalam teras reaktor untuk mengoptimumkan taburan fluks neutron.
reformationreformasiSains PolitikPolitik PerbandinganPenyusunan semula sesuatu perkara secara besar-besaran seperti penyusunan tanah negara, rombakan undang-undang atau perlembagaan, penyemakan semula sistem pendidikan atau pemurnian kembali ajaran agama sesebuah masyarakat. Perubahan yang menyeluruh dilakukan apabila sesuatu keadaan itu tidak Iagi memberi manfaat seperti yang diharapkan. Oleh itu, pembaharuan perlu dilakukan supaya keadaan ini tidak menjadi Iebih buruk. Contohnya, Dasar Ekonomi Baru merupakan salah satu bentuk pembaharuan dalam menyusun semula masyarakat Malaysia. Sinonim pembaharuan.
redistribution of powerpengagihan semula kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang diagihkan semula kepada badan atau wilayah tertentu ekoran daripada rombakan pentadbiran, pindaan perlembagaan secara menyeluruh atau kemasukan wilayah baru dalam sesuatu negara. Dalam konteks yang normal. Perlembagaan persekutuan telah menyenaraikan agihan kuasa ini, namun apabila berlaku perubahan struktur sesebuah negara, agihan ini boleh dilakukan sekali lagi bagi menyesuaikan kedudukan negara itu dengan keadaan semasa. Contohnya, pembahagian kuasa Persekutuan Tanah Melayu telah diagih semula dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaysia pada tahun 1963.
reengineeringperekayasaanPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah penghasilan semula reka bentuk radikal pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Kaedah ini dianggap sebagai suatu rombakan khusus dengan mengadaptasikan sistem dan nilai kerja sektor korporat dalam mempertingkatkan keberkesanan pentadbiran awam. Biasanya perekayasaan menitikberatkan dan menjelaskan pengkhususan fungsian dalam sesebuah organisasi misalnya hal ehwal pengeluaran, perakaunan, pemasaran, dan sebagainya. Kaedah ini diguna pakai oleh majikan dengan hasrat untuk mempertingkatkan keuntungan di samping melahirkan kakitangan yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi.

constitutional crisiskrisis perlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganKonflik yang wujud ekoran daripada tindakan sesuatu pihak untuk meminda atau merombak bahagian tertentu dalam dokumen perlembagaan. Tindakan tersebut menimbulkan bantahan atau tentangan daripada kelompok lain yang kemudian membawa kepada krisis perlembagaan. Pindaan atau rombakan dokumen perlembagaan akan hanya menimbulkan krisis apabila tindakan tersebut melampaui batas yang diterima seperti mengehadkan bidang kehakiman, menghapuskan hak istimewa kelompok tertentu, mengurangkan peruntukan belanjawan pihak tertentu atau menaikkan cukai dalam sektor tertentu. Contohnya, Malaysia pemah mengalami krisis perlembagaan pada tahun 1983 apabila kuasa raja-raja dihadkan.
bureaucratisationpembirokrasianPentadbiranPentadbiran Awam

  Proses menjadikan sebuah organisasi yang tidak tersusun kepada satu organisasi yang lebih berstruktur dengan wujudnya jabatan, bahagian, divisyen atau unit organisasi. Pembirokrasian melibatkan perancangan yang sistematik untuk menentukan perkara, kaedah dan individu yang mentadbir dan yang ditadbir. Pembirokrasian mencakupi proses penggembelengan semua bentuk sumber yang ada di dalam organisasi seperti tenaga kerja, kewangan, mesin dan peralatan, serta infrastruktur. Antara proses pembirokrasian ialah penstrukturan semula organisasi, rombakan atau pengambilalihan pengurusan.


Kembali ke atas