Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rom.bo.ngan] | رومبوڠن

Definisi : sekumpulan orang (yg bekerja atau datang dll bersama-sama): menteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang pagi tadi; satu ~ pegawai Malaysia akan be­runding dgn pegawai-pegawai Filipina; ~ kebudayaan sekumpulan penari (pelakon, penyanyi, dll) yg melawat ke sesuatu tempat utk membuat pertunjukan dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rom.bo.ngan] | رومبوڠن

Definisi : sekumpulan orang yg bekerja, melancong dll bersama-sama: Satu ~ pelawat dr Sarawak telah melawat Angkasapuri pagi tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rombong
Kata Terbitan : rombongan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah bahasa istana bagi kata "rombongan " untuk rombongan peminangan.

Saudara,

Tiada maklumat mengenai perkataan 'rombongan' dalam bahasa istana. Mohon maaf atas kesulitan tersebut.

Tatabahasa01.09.2012
Berapakah orang peserta yang menyertai rombongan ini? Berapa orangkah peserta yang menyertai rombingan ini? Berapa orang pesertakah yang menyertai rombongan ini? Yang mana betul? Didahulukan dengan ucapan terima kasih^^

Ayat yang tepat ialah Berapakah orang peserta yang menyertai rombongan ini?

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah.

 

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. 

Tatabahasa13.03.2018
Salam sejahtera tuan. Adakah betul ayat tersebut... Rombongan itu hendak bertolak sekarang jugakah? Terima kasih tuanAyat "Rombongan itu hendak bertolak sekarang jugakah?" sudah betul.Lain-lain07.07.2015
Salam, bolehkah di antara frasa-frasa dalam ayat diselangi dengan kata seperti kata bantu, kata penguat dan sebagainya? Contoh: 1. Rombongan sekolah akan ke Port Dickson. Frasa nama: Rombongan sekolah Frasa sendi nama: akan ke Port Dickson 2. Rumah itu amat besar. Frasa nama:Rumah itu Frasa adjektif: amat besar Terima kasih.1. Ayat yang gramatis, Rombongan sekolah akan melawat Port Dickson pada minggu hadapan. Kata sendi nama tidak hadir secara berurutan. 
2. Rumah itu amat besar. Ayat ini betul.
Tatabahasa30.04.2014
"Jika tuanku izinkan, () mohon turut serta dalam rombongan tersebut," sembah Tun Ali kepada Sultan Mansuh Atuan hamba Bhamba Cbeta Dberlepak-lepak Mana satu yang betul Terima kasihJawapan:

"Jika tuanku izinkan, hamba mohon turut serta dalam rombongan tersebut," sembah Tun Ali kepada Sultan Mansuh.
Lain-lain22.03.2022
1.Apakah penjodoh bilangan yg sesuai untuk songkok, kopiah, pasu, dan baldi? 2. Apakah bahasa istana untuk 'rombongan'?

Saudara Razkam,

Sebagai makluman tidak semua benda memilki penjodoh bilangan. Namun untuk 'songkok, kopiah, pasu, dan baldi' penjodoh bilangan yang digunakan ialah
buah.

Untuk pertanyaan kedua, tiada maklumat bahasa istana untuk perkataan rombongan dalam sistem kami. Mohon maaf atas kesulitan tersebut.

 

Tatabahasa13.09.2012
Adakah ayat berikut betul ? 1. Penglibatannya dalam bidang penulisan berjaya memberikan kepuasan dalam jiwanya. 2. Hanya ibunya yang melarangnya menyertai rombongan itu. 3. Mereka menyanyi dan menari sepanjang malam tanpa menghiraukan kebajikan jiran-jiran mereka. Terima kasih !

Sdr.  Hee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Diharap sertakan maklumat peribadi yang betul apabila berurusan dengan kami.

Penglibatannya dalam bidang penulisan berjaya memberikan kepuasan (pada) jiwanya. 2. Hanya ibunya yang melarang (dia) menyertai rombongan itu. 3. Mereka menyanyi dan menari sepanjang malam tanpa menghiraukan jiran-jiran mereka.

Inilah jawapan kepada soalan SDR.

Tatabahasa10.07.2009
Salam. boleh tolong jelaskan maksud 'integriti', 'luwes','delegasi', 'provokasi', 'premis'? Terimakasih.Integriti ialah kejujuran, keadaan yang sempurna atau utuh; luwes ialah tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan, dapat diubah suai; delegasi ialah rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan atau tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak kepada seseorang lain; provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya; premis ialah sesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak; atau bangunan / kawasan tempat diuruskan perniagaan.Makna23.02.2008
Apakah kata ganti nama diri untuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam ayat di bawah? Baginda atau beliau? Terima kasih. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia. Baginda/Beliau telah mengetuai rombongan ke London bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
1. Menurut data kami, kata ganti nama diri bagi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah "beliau".
Lain-lain09.08.2016
Sumpel, Cangkang II, Kecut III, Kuping I (alat pancaindra utk mendengar), Kopok II, Cetek, Adem, Langka, Encok, Melek, Dandan I, Rojak, Jengkol, Sambal, Kontol, Kutil, Kodok, Bebek, Cindil, Samper, Umpet, Copet, Culik, Warung, Begal, Colong, Kebut II, Keteter, Rombongan, Gotong, Beres, Apik, Luwes, Kelilipan, Tengik, Ciut II, lirih, Mandek, Sangar, Tempe, Kolak, Gendut, Bongsor, Cebol, Becek, Beser, Gosong II, Bacin, Langu, Itil, Goblok, Kuntul II, Gabah I, Bekatul, Salin, Pesek, Keluyuran, Kalis, Badut, Kemaruk, Dupak, Jejer, Rongsok, Rongsokan, Lumrah, Kepincut, Bakal, Rembuk, Pundak, Congor, Colot, Rajungan, Yuyu, Ujar, Jebol, Lalap I, Enteng (Asli Bahasa Jawa, Berasal dari Bahasa Jawa [Jw] )Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak DBP akan membuat penelitian bagi setiap kata tersebut.Lain-lain25.04.2023
12

Kembali ke atas