Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ron.da] | روندا

Definisi : 1. = meronda berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah ber­lakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; rondaan perjalanan berkeliling utk meronda, hasil meronda: polis melakukan ~ mengejut di kawasan itu utk menangkap penagih-penagih dadah; perondaan perbuatan (kerja-kerja) me­ronda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ron.da] | روندا

Definisi : ; meronda berjalan dsb berkeliling kerana berkawal: Pasukan polis hutan sentiasa ~ di kawasan sempadan utk mencari pengganas-pengganas komunis. rondaan kawalan dgn berjalan dsb berkeliling di sesuatu tempat. perondaan perbuatan meronda; perjalanan berkeliling utk menjaga keamanan. peronda 1 orang yg meronda: polis (askar) ~. 2 sesuatu yg digunakan utk meronda: kereta ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ronda
Kata Terbitan : meronda, peronda,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syarikat saya bercadang untuk mengadakan promosi untuk satu produk baru yang di adakan dengan kerjasama antara KL Monorail dan bas KL HOP ON HOP OFF, jadi kami sedang mencari 1) Soalan saya, adakah ayat di bawah sesuai digunakan? Ronda-ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket sahaja-RM20 2) Apakah makna atau maksud penuh bagi perkataan ronda-ronda? 3) Adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bersesuaian dengan perkataan ronda-ronda tersebut.

1) Ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket bernilai RM20.

 

2) makna ronda-ronda

Ronda:- = meronda 1.berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; 

3) i-Bersiar-siar

    ii-  Jalan-jalan

 
Lain-lain16.12.2008
Assalamualaikum. Bolehkah berikan padanan yang sesuai bagi istilah "Hop-on hop-off"? Contoh: Tren yang berkonsepkan "hop-on hop-off".Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk ho--on hop-off". Padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan untuk "hop-on hop-off" ialah bersiar-siar atau ronda-ronda.  Istilah25.12.2016
Saya ingin mendapatkan terjemahan istilah kenderaan seperti di bawah. Di sebelah kanan ialah terjemahan yang saya cadangkan. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menurun Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Cegah Ayunan Treler Lane Depature Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Susur Laluan Rollover Mitigation - Susutan OlenganSila semak cadangan terjemahan perkataan yang berhuruf gelap.
Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara / Kawalan Suai Pandu
Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan
Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki
Hill Descent Control - Kawalan Menuruni Bukit
Traction Control - Kawalan Cengkaman
Trailer Sway Control - Kawalan Ayunan Treler
Lane Departure Warning - Amaran Lencongan
Lane Keeping Aid - Bantuan Laluan Susur
Rollover Mitigation - Susutan Olengan
Penyemakan dan penterjemahan18.08.2015
Apakah penterjemahan terbaik bagi perkataan "train tour"? Adakah perkataan Kereta Api Ronda boleh digunakan atau ada cadangan perkataan lain yang lebih bersesuaian?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah train tour ialah lawatan kereta api. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.05.2023
Mohon pihak tuan mencadangkan perkataan Melayu untuk: MOBILE PATROL VEHICLE Terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah khusus bahasa Melayu untuk "mobile patrol vehicle".  Walau bagaimanapun , istilah bahasa Melayu untuk "patrol vehicle" ialah kenderaan ronda.Istilah09.05.2013

Kembali ke atas