Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.ti] | روتي

Definisi : sj makanan yg diperbuat drpd tepung gandum dll; ~ benggali bermacam-macam jenis roti yg biasanya dijual oleh orang India; ~ canai = ~ perata roti leper yg bentuknya bulat atau empat segi yg adunan tepungnya ditebar, dilipat lalu dimasak; ~ capati sj roti India; ~ jala roti spt jala yg dimakan dgn kuah; ~ kering biskut; ~ lapis sandwic; ~ paun roti tawar drpd tepung gandum dll yg biasanya dijual dlm ketulan satu paun; ~ perancis roti putih yg bentuknya panjang dan kulitnya berkerak; ~ tawar Id roti paun; ibu ~ sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti, yis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.ti] | روتي

Definisi : makanan yg dibuat drpd tepung gandum dll: ~ canai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata roti

Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quick breadroti ringkasPentadbiran PerniagaanTiadaSebarang roti seperti roti jagung yang dinaikkan dengan menggunakan serbuk penaik, soda dan sebagainya dan boleh terus dibakar sejurus selepas adunan dibancuh.
breadcrumbserbuk roti; serdak rotiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
breadboardpapan dasar; papan rotiPentadbiran PerniagaanTiadaPapan roti: Papan tempat roti diuli, digulung atau dipotong.
sandwichsandwicPentadbiran PerniagaanTiadaRoti biasa atau roti bakar yang diletak sayur, daging, telur, ikan dan sebagainya di antara dua atau lebih kepingan roti tersebut.
sandwichsandwicPentadbiran PerniagaanTiadaRoti biasa atau roti bakar yang diletak sayur, daging, telur, ikan dan sebagainya di antara dua atau lebih kepingan roti tersebut.
ropy breadroti bertaliMakanan dan PemakananTeknologi MakananSuatu keadaan yang berlaku dalam roti yang dibakar, hasil daripada pengkapsulan Bacillus serta hidrolisis kanji. Proses ini menghasilkan gula yang mengakibatkan roti berwarna kuning keperangan, berbau busuk, lembik serta melekit. Bahan yang melekit ini boleh menjadi seperti tali apabila roti dipotong dua dan ditarik.
black breadroti hitamPentadbiran PerniagaanTiadaRoti berwarna hitam dan kasar terutamanya roti rai yang terdapat di Eropah Tengah dan Eropah Utara.
bread flake baitumpan rotiPerikananTiadaUmpan daripada roti yang digunakan untuk menangkap ikan jenis pasif. Umpan roti ditabur bagi menarik atau mengumpulkan ikan sebelum ditangkap, sama ada secara memancing atau menjala.
bake shopruang roti dan kekSosiologiTiada1. Tempat membuat roti, kek, biskut dan seumpamanya.,2. Kedai atau tempat menjual roti, kek, biskut dan seumpamanya.
roll basketbakul rotiPentadbiran PerniagaanTiadaBakul untuk diisi roti atau ban semasa sajian yang dilapik napkin di dalamnya untuk mengekalkan kepanasan roti.
12345678910...

Kembali ke atas