Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ruang] | رواڠ

Definisi : 1. sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat tiang (di bawah kolong rumah): besarnya rumah itu tujuh belas ~, ~nya tiga-tiga depa; 2. bahagian yg (dibiarkan) kosong atau terbuka dlm sesebuah bangunan; 3. lubang yg terdapat dlm sesuatu benda, rongga: ~ hidung; ~ dada; 4. rongga yg dibatasi oleh bidang; ilmu ukur ~ penge­tahu­an utk mengira isi (besar) sesuatu benda (kiub, kon, dll); 5. (dlm ilmu falsafah) tempat atau rongga yg tidak ada batasnya, tempat segala yg ada: namun secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ~ mahu­pun waktu; 6. = ~ waktu (masa) jarak antara satu waktu dan waktu lain; ~ waktu yg sempit jarak waktu yg pendek (terhad); 7. = ruangan tempat yg lapang, bilik (bilik dlm rumah, bilik darjah, dll): ~ duduk kami menghadap ke beranda; matanya menyeluruhi ~ bilik darjah itu; 8. petak-petak dlm buah, pangsa; durian lima ~ durian lima pangsa; 9. = ruangan tempat yg lapang dlm kapal (pe­rahu), tempat memuat barang-barang, palka: perahu itu bocor, ~nya berisi air; air ~ air dlm ruang kapal (perahu); 10. = ruangan petak atau kolum dlm surat khabar dll, lajur: satu hal yg baru bagi idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan spt sorotan, cerita pendek, dll; 11. = ruangan petak atau kolum utk angka: sifar di ruangan ratus tidak di­kehendaki kerana 076 serupa sahaja dgn 76; ~ se (puluh, ratus, dll); 12. = ruangan kalangan, lapangan, lingkungan; mencari ruang(an) hidup baharu; tiba-tiba Rosita terbayang di ~ matanya nampak di ling­kungan pandangan mata; 13. peluang atau skop: Islam memberi ~ kpd akal manusia menyingkap rahsia alam tabii; ~ angkasa angkasa lepas; ~ badan rongga pd badan; ~ dalam (tengah) bilik dalam (tengah) dlm rumah; ~ dapur bahagian dapur rumah; ~ depan (muka) bahagian depan rumah; ~ lakon ruang (di pentas dsb) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan babak-babak cerita); ~ legar ruang yg agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dsb, lobi, foyer; ~ lingkup = ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu penge­tahuan atau yg diliputi oleh sesuatu per­bincangan (penulisan dsb); ~ mulut rongga mulut; ~ niaga ruang utk menjadi tempat berniaga (dlm kompleks perniagaan dsb); ~ rias (hias) bilik atau tempat berhias; ruang(an) selisih kolum (petak) yg me­nunjukkan angka selisih (dlm matematik); ~ tamu bilik atau ruang utk menerima tamu; ~ udara a) ruang terhad tempat udara wujud; b) angkasa; c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah negara, yg dr segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa negara berkenaan: ~ udara Malaysia; bawah ~ Br bahagian di antara penyokong dgn lantai perahu; me­rajukkan air di ~, hendak karam ditimba juga prb marah yg tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kpd kita; beruang mempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan badan; meruang mengeluarkan kotoran dr dlm perut mayat, menyucikan mayat; ~ senjata membersihkan senjata; ruangan ruang; ~ pojok ruangan dlm akhbar atau majalah yg dikhaskan utk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruang] | رواڠ

Definisi : 1 = ruangan tempat yg lapang; bilik dlm rumah dll: Mereka duduk berbual-bual di ~ depan. 2 sela atau jarak di antara dua benda yg berderet: ~ di antara dua tiang itu dua meter lebarnya. 3 = ruangan petak dlm surat khabar dll; lajur. beruang mempunyai ruang atau ada ruang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruang
Kata Terbitan : ruangan,

Puisi
 

Apa pandang padi paya,
     Tinggi petak dari ruang;
Apa pandang kepada saya,
     Budi tidak bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Beruang bagai durian,
     bernabu bagai cempedak.

Bermaksud :

Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bay2n 1. recess in a wall, ruang; 2. (compartment in an aeroplane) ruang: bomb ~, ruang bom; 3. (UK), (in railway station) pangkalan ruang sisi; 4. place for parking vehicle, unloading, ruang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appendagen 1. adjunct, subordinate part, [various translations]: the ballet was once just an ~ to the opera, tarian ballet pd suatu ketika merupakan hanya satu acara sampingan opera; a house and its ~s, rumah dgn ruang-ruang tambahan; some of the directors complained that they were treated as mere ~s, setengah-setengah pengarah merungut bahawa mereka dianggap sbg orang-orang yg tdk penting; 2. (zool) apendej.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
area6. part of building having specif purpose, ruang: the reception ~, ruang menyambut tetamu; the dining ~, ruang makan; the kitchen ~, ruang dapur; 7. range, scope, lingkungan: it is beyond the ~ of my experience, itu di luar lingkungan pengalaman saya; the whole ~ of our defence policy will be affected, seluruh lingkungan dasar pertahanan kita akan turut terlibat; an ~ of investigation, lingkungan penyelidikan; 8. field of study, bidang, lapangan: the ~ of finance, bidang kewangan; the ~ of language teaching, bidang pengajaran bahasa; 9. (around building, on which building stands) kawasan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extraterrestrialadj (fml) ruang angkasa: ~ matter, jirim ruang angkasa; ~ life, makhluk ruang angkasa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
space8. a. gap left between written or printed words, ruang, tempat: answers are to be written in the blank ~s provided, jawapan mestilah ditulis pd ruang kosong yg disediakan; b. the width of a typed letter, ruang: the letters of your name take eight ~s, huruf dlm nama kamu memerlukan lapan ruang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
columnistn penulis ruang: a fashion ~, penulis ruang fesyen.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interfacen ruang hubung kait; (tech) antara muka: the ~ between science and art, ruang hubung kait antara sains dan kesusasteraan; ~ adapter, penyesuai antara muka; ~ card, kad antara muka; ~ processor, pemproses antara muka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elbow-roomn ruang: there’s hardly any ~ in my office, hampir tdk ada ruang lagi dlm pejabat saya; no ~, sempit; plenty of ~, lapang, luas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spatial adj ruang: a ~ distribution of solids that is satisfying to the eye, penyebaran pepejal di sekeliling ruang yg menenangkan mata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
house-roomn space, /tempat, ruang/ di rumah sso: she will not give my furniture ~, dia tdk mahu memberikan ruang utk perabot saya di rumahnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas