canyon | ngarai | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ruang panjang dan sempit yang dilingkungi oleh perisai yang digunakan dalam loji radiokimia seperti loji pemprosesan semula bahan api terpakai. |
column length | panjang ruang | Komunikasi | Tiada | Tiada |
integral boundary | sempadan kamiran | Kejuruteraan | Tiada | Panjang ruang yang telah ditetapkan dalam storan utama. |
critical wavelength | panjang gelombang genting | Kejuruteraan | Tiada | Panjang gelombang ruang bebas yang sepadan dengan frekuensi genting untuk pandu gelombang. |
aisle | ruang sayap | Kesenian | Seni Bina | 1. Laluan lurus di antara ruang utama dan ruang sekunder di dalam bangunan yang panjang, dipisahkan oleh arked, barisan tiang atau dinding skrin. Laluan ini biasanya digunakan sebagai galeri dan mungkin mempunyai tingkap cahaya atasan sepanjang laluannya. 2.��Laluan utama di antara susunan barisan kerusi seperti di dalam gereja dan auditorium. |
lattice spacing | ruangan kekisi; sanding kekisi | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ruang kekisi: Ruang di antara dua unsur atau kumpulan unsur bahan api yang dipenuhi oleh penyederhana.,2. Sanding kekisi: Panjang sanding sel unit dalam hablur. |
crypt/crypta | kripta | Kesenian | Seni Bina | 1. Bilik atau ruang kekubah besar di bawah tanah atau separa bawah tanah di bawah lantai utama gereja yang digunakan sebagai tempat pengebumian. 2. Ruang kekubah yang panjang dan sempit di bawah paras tanah atau atau separa bawah tanah di bawah bangunan untuk menyimpan bijirin. 3. Ruang yang panjang dan sempit yang digunakan sebagai tempat laluan bertingkap yang bersambung dengan rumah dalam seni bina Rom. |
canine teeth | gigi taring | Veterinar | Praklinikal | Gigi yang tirus dan panjang; terletak pada ruang antara gigi kacip dengan gigi geraham. Gigi taring terletak pada setiap rahang bergantung pada spesies haiwan dan digunakan untuk menyiat makanan. Gigi ini terdapat pada karnivor; kuda jantan; babi; rodensia dan haiwan ruminan. |
character per inch (cpi) | aksara per inci (cpi) | Teknologi Maklumat | Tiada | Menunjukkan bilangan aksara yang boleh dimuatkan dalam ruang satu inci panjang. Bilangan ini bergantung kepada saiz fon dan jenis aksara seperti pica (10cpi) dan elite (12cpi). |
data compression technique | teknik pemampatan data | Komputer | Tiada | Teknik yang digunakan untuk menjimatkan ruang storan data dengan menghapuskan ruang kosong, medan kosong, data lewah, atau data yang tidak diperlukan bagi memendekkan panjang rekod atau blok data. |