lampu terendak | sj lampu hiasan (biasanya di ruang tamu) yg mempunyai terendak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruang tamu | bilik atau ruang utk menerima tamu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senada | padan atau sesuai (dgn): warna di bilik anak-anak ~ dgn ruang tamu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meja kopi | meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meja kopi | meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlatarbelakangkan | mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau seorang ketua kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergantung | 1 sudah digantung atau digantungkan; dlm keadaan bergantung: Beberapa buah lukisan yg indah ~ di dinding ruang tamu. 2 diserahkan seluruhnya; terserah: Perkara ini ~ pd kemahuanmu sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meja sisi | meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meja samping | = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potpuri | rampaian kelopak bunga dan daun kering yg dibubuhi wangi-wangian dsb, gunanya utk mengharumkan sesuatu persekitaran (bilik, ruang tamu dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |