Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ruas] | رواس

Definisi : bahagian di antara buku dgn buku (buluh, jari, tebu, dll): ~ buluh; beberapa ~ tebu; beberapa ~ lemang beberapa batang lemang; bertongkat ~ bertelekan, berteleku; sbg betung se~ jujur benar, lurus hati; bertemu (berjumpa) ~ dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ~ prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal); terhentak ~ ke buku prb Mn hilang akal; tinggi terbawa oleh ~ nya prb perihal se­seorang yg masih bodoh walaupun tubuhnya besar; beruas, beruas-ruas ada ruas-ruasnya: kaki yg ~; binatang yg mempunyai anggota ~; buluh yg tidak ~ buluh yg tidak ada ruasnya; peruasan sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pd tulang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruas] | رواس

Definisi : ; se~ semalam sj tumbuhan (herba), johong, beralih, pancis-pancis, tebuk (tuba) seludang, Polygonum barbatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruas] | رواس

Definisi : bahagian di antara buku dgn buku (spt yg terdapat pd tebu, buluh): ~ jari; ~ tebu. beruas ada ruasnya; mempunyai ruas: Batang buluh ~. beruas-ruas mempunyai beberapa banyak ruas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruas (kata nama)
Bersinonim dengan sendi, buku.,

Puisi
 

Ambil karung mengisi ruas,
     Pengikatnya pula tali guni;
Adik turut hamba tak puas,
     Cuma abang tak insafkan diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terentak ruas ke buku.

Bermaksud :

Hilang akal, tidak ada daya upaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk tebu ? Adakah batang atau ruas?, atau kedua-dua boleh digunakan. Berdasarkan soalan latihan buku aktiviti murid Tahun 3, gambar menunjukkan gambar tebu yang dipotong sederhana pendek. Terima kasih...Batang dan ruas adalah penjodoh bilangan yang sesuai untuk tebu tetapi penggunaannya perlu merujuk  konteks ayat. Batang bermaksud  bahagian pokok yang tumbuh daripada akar manakala ruas bermaksud bahagian di antara buku dengan buku seperti yang terdapat pada buluh, jari, tebu dan sebagainya. Berdasarkan soalan encik yang merujuk gambar tebu yang dipotong sederhana pendek maka penjodoh bilangan yang sesuai digunakan ialah ruas tebu.Tatabahasa18.01.2018
Salam. Saya ingin bertanya apakah terjemahan untuk "Toggle" bagi frasa "Bracelet Lock: Toggle" seperti dalam gambar yang saya lampirkan. Adakah kancing togel? atau kancing ruas? terima kasihUntuk makluman, dalam pangkalan data kami terdapat istilah "toggle closing" yang padanan bahasa Melayunya ialah kancing ruas. Oleh itu, terjemahan yang kami cadangkan untuk "toggle" ialah kancing ruas.Istilah02.05.2013
Puan, Sila jelaskan jawapan yang berikut :- 1) Abang mengerat beberapa ______ tebu. A. ikat B. ruas C. kerat 2) Ibu menggunakan beberapa _____ kunyit untuk menggulai ikan. A. biji B. kaki C. keping D. batang Terima kasih.1) Abang mengerat beberapa ruas tebu. 
2) Ibu menggunakan beberapa kaki kunyit untuk menggulai ikan.
Tatabahasa06.09.2013
Pak cik ramli sedang memaku ...... buluh yang telah dikerat-kerat untuk dijadikan titi..mana satu jawapan yang betul..batang, bilah, ruas...batang buluhTatabahasa15.08.2015
Mohon semakan tatabahasa ayat berikut: Sumpit adalah senjata memburu utama masyarakat Orang asli yang diperbuat daripada buluh beruas panjang. Buluh Sewor atau buluh sumpitan yang nama saintifiknya Bambusa wrayi digunakan untuk membuat sumpit kerana mempunyai ruas panjang sehingga 3 meter. Buluh ini dinamakan Bambusa wrayi bersempena nama Kurator Muzium Perak iaitu Leonard Wray yang menjumpai spesies ini pada tahun 1893. Buluh ini dijumpai di kawasan tanah tinggi Gunung Inas berhampiran daerah Selama, Perak.Ayat yang betul ialah Sumpit merupakan senjata utama untuk memburu oleh masyarakat orang asli. Sumpit diperbuat daripada buluh yang beruas panjang. Buluh Sewor atau Buluh Sumpitan (nama saintifiknya Bambusa Wray) digunakan untuk membuat sumpit kerana mempunyai ruas yang panjang sehingga 3 meter. Buluh ini dinamakan Bambusa Wray bersempena dengan nama Kurator Muzium Perak, iaitu Leonard Wray yang menjumpai spesies buluh ini di kawasan tanah tinggi Gunung Inas berhampiran dengan Daerah Selama, Perak pada tahun 1893. Tatabahasa18.03.2021
maksud keluguan dan segmentasiLugu bermaksud berasa senang, puas, kenyang. Kata terbitan keluguan tidak ada contoh dalam Kamus Dewan walau bagaimanapun maksudnya sama seperti makna kata asalnya. Manakala segmentasi tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah perkataan segmen bermaksud 1. bahagian (dari sesuatu), penggal; 2. (istilah Biologi) bahagian dari binatang yang beruas-ruas (seperti cacing, serangga, dll), dan padanan segmentation dalam bahasa Melayu ialah pensegmenan.  Makna12.09.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Apa yang membezakan penggunaan 'tiub' dan juga 'tabung'? Adakah kedua-duanya padanan kepada 'tube'? 2. Adakah 'badan', 'tubuh' atau 'tubuh badan' mempunyai makna yang sinonim? Mana yang paling tepat sebagai padanan kepada 'body' dalam bidang sains perubatan? 3. 'Tanah-tanih' merupakan istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian iaitu perlu diletakkan tanda sempang sekalipun 'tanah' dan 'tanih' boleh berdiri sendiri dengan makna tersendiri. Adakah terdapat senarai lengkap istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian ini? Terima kasih.

1. Tiub ialah 1. benda yang bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~ kaca (getah); 2. sejenis bekas daripada plastik dll yang digunakan untuk mengisi cecair yang likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dalam tayar basikal.

Manakala tabung ialah 1. bekas ruas daripada buluh dll (untuk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yang berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (daripada buluh dll), celengan; 5. sesuatu yang berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yang dikumpulkan (dengan mengutip derma dll) untuk maksud tertentu, dana.

Dalam data kami, padanan istilah tube dalam bahasa Melayu ialah tiub, tabung dan salur.

2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tubuh badan bermaksud keseluruhan jasad. Istilah yang sesuai digunakan dalam bidang perubatan ialah badan.

3. Tanah-tanih merupakan kata ganda yang bermaksud segala macam tanah.

Tatabahasa06.10.2013

Kembali ke atas