Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ruas] | رواس

Definisi : bahagian di antara buku dgn buku (buluh, jari, tebu, dll): ~ buluh; beberapa ~ tebu; beberapa ~ lemang beberapa batang lemang; bertongkat ~ bertelekan, berteleku; sbg betung se~ jujur benar, lurus hati; bertemu (berjumpa) ~ dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ~ prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal); terhentak ~ ke buku prb Mn hilang akal; tinggi terbawa oleh ~ nya prb perihal se­seorang yg masih bodoh walaupun tubuhnya besar; beruas, beruas-ruas ada ruas-ruasnya: kaki yg ~; binatang yg mempunyai anggota ~; buluh yg tidak ~ buluh yg tidak ada ruasnya; peruasan sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pd tulang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruas] | رواس

Definisi : ; se~ semalam sj tumbuhan (herba), johong, beralih, pancis-pancis, tebuk (tuba) seludang, Polygonum barbatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruas] | رواس

Definisi : bahagian di antara buku dgn buku (spt yg terdapat pd tebu, buluh): ~ jari; ~ tebu. beruas ada ruasnya; mempunyai ruas: Batang buluh ~. beruas-ruas mempunyai beberapa banyak ruas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruas (kata nama)
Bersinonim dengan sendi, buku.,

Puisi
 

Ambil karung mengisi ruas,
     Pengikatnya pula tali guni;
Adik turut hamba tak puas,
     Cuma abang tak insafkan diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terentak ruas ke buku.

Bermaksud :

Hilang akal, tidak ada daya upaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
runnerrayapanBotaniTiadaBatang jenis menjalar yang kecil dan tampal dengan ruas-ruas yang panjang, merayap di atas permukaan tanah dan mengeluarkan akar adventitus di bahagian bukunya. Contohnya, pegaga dan kekacang penutup bumi.
commutatorpenukar tertibTeknikElektrikKomponen dalam angker atau pemutar mesin yang menukarkan arah arus di dalam sebarang litar. Peranti ini berbentuk silinder yang terdiri daripada susunan ruas-ruas palang logam bertebat di antara satu sama lain. Penghujung setiap belitan angker akan disambungkan pada palang-palang tersebut.. bekalan masuk atau keluar dari mesin ini akan diperoleh melalui berus dan penukar tertib. Penukar tertib ini dipasang pada aci berhampiran dengan angker dan turut berputar bersama-sama angker.
neutral positionkedudukan neutralTeknikElektrikKedudukan berus karbon dalam mesin elektrik. Pada kedudukan ini, pemotongan antara pengalir dengan fluks tidak berlaku; oleh sebab itu tiada voltan atau arus yang terjana atau teraruh. Kedudukan ini penting bagi membolehkan ruas-ruas penukar tertib berlitar pintas dan mengelakkan terbentuknya bunga api. Dalam sesebuah mesin terdapat dua kedudukan neutral, iaitu di sebelah kanan atau kiri, kira-kira 30 darjah dari garisan menegak yang membahagikan dua angker mesin tersebut. Sinonim satah neutral.
dirty bitbit kotorKomputerTiadaBit taraf yang terdapat dalam ruas atau halaman ingatan untuk menunjukkan sama ada ruas atau halaman tersebut telah digunakan atau diubahsuai oleh suatu proses. Bit taraf ini menjadi kotor atau terset apabila ruas atau halaman ingatan berkenaan menjadi kotor kerana penulisan data padanya.
footruasKesusasteraanTiadaUnit rentak atau irama dalam puisi atau prosa; satu bahagian dari satu karangan yang disukat menurut pelbagai bentuk suku kata (panjang dan pendek; yang ditekan dan tidak ditekankan) untuk penganalisisan struktur. Kebanyakan prosa moden ditulis tanpa kesedaran terhadap bentuk yang seumpama itu; puisi terbaharu yang bebas juga tidak disukat menurut sistem ini. Pada peringkat tertentu, prosa klasik dan perkembangan puisi Barat mengikuti juga corak perulangan atau sistem ruas. Variasi ruas dalam karangan menguatkan lagi rentaknya, sementara perulangan ruas dalam sesebuah puisi melahirkan polairama.
toggle closingkancing ruasKesenianTiadaButang berbentuk ruas tebu, biasanya dari kayu yang dilekatkan pada pakaian dengan gelung tali dan dikancing dengan gelung di sebelah yang bertentangan.
bifurcation rationisbah pencabanganGeologiTiadaNisbah bilangan ruas sungai tingkat tertentu terhadap bilangan ruas sungai tingkat yang lebih tinggi berikutnya di suatu lembangan sungai.
bifurcation rationisbah cabanganHidrologiTiadaNisbah bilangan ruas sungai tingkat tertentu terhadap bilangan ruas sungai tingkat yang lebih tinggi berikutnya di suatu lembangan sungai.
articulationpengartikulatanBiologiHistologi dan SitologiSendi di antara ruas tulang atau di antara segmen ruas batang atau ulas buah. artrosis.
bifurcation rationisbah pencabangan , nisbah bifurkasiGeologiTiadaNisbah bilangan ruas sungai tingkat tertentu terhadap bilangan ruas sungai tingkat yang lebih tinggi berikutnya di suatu lembangan sungai.
12345678910...

Kembali ke atas