Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.ju/] | روجوع

Definisi : Ar 1. kembali (kahwin) dgn isteri yg sudah diceraikan mengikut syarat-syarat ter­tentu; 2. ki kembali kpd kedudukan atau pen­dirian yg asal (sebelum drpd itu): ia tidak meng­­harapkan pemimpin-pemimpin itu da­tang menemuinya dan memujuk supaya ia ~ kembali; merujuk 1. = merujuki berkahwin kembali dgn isteri yg sudah diceraikan: hatinya ber­tanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya? 2. melihat utk meneliti, melihat lebih lanjut: calon-calon hendaklah ~ kpd risalah-risalah panduan; jika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kpd karya Euler; merujukkan mengemukakan utk dikaji, me­manjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah; rujukan keterangan lanjutan mengenai se­suatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat ke­terangan yg lebih lanjut; perujukan perihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan; perujuk orang atau tempat yg dirujuk utk mendapatkan sesuatu maklumat (keterangan dsb) tentang sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.ju/] | روجوع

Definisi : berusaha supaya pasangan yg bercerai itu ~ semula. merujuk 1 melihat buku dll utk memperoleh keterangan lanjut dll ttg sesuatu perkara: ~ kpd surat tuan; Karya-karya yg bermutu dirujuk utk mendapatkan maklumat lanjut. 2 mengahwini bekas isteri semasa masih dlm idah. merujukkan mengemuka­kan sesuatu perkara utk dikaji: Hakim besar ~ perkara itu semula kpd mahkamah rendah. rujukan keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara; sumber (buku dll) utk memperoleh keterangan lanjut: Buku itu dijadikan ~ dlm bidang ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ru.ju/] | روجوع

Definisi : berbalik atau berkahwin semula semasa masih dlm idah (bkn pasangan suami isteri yg bercerai): Mereka (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rujuk


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rujuk buku, rujuk DBPTiadaBerita Minggu24.12.1995
Rujuk sejarah Melayu bagaimana maruah tergadai di tangan penjajahM Jasni MajedBerita Harian10.02.2009
Rujuk PPSMI kepada SultanSalbiah AniBerita Harian20.11.2008
Rujuk Perlembagaan UMBO martabat budaya MelayuRadhuan Hussain dan Salehuddin Mat RasadUtusan Malaysia26.06.2006
Rujuk sebarang masalah yang dihadapiSulaiman MasriUtusan Malaysia14.08.1995
Rujuk bahasa kepada DBPTiadaWatan22.12.1995
Rujuk DBP sebelum guna istilah baruTiadaUtusan Malaysia11.07.1996
Rujuk kepada Dewan BahasaTiadaUtusan Zaman22.12.1995
Rujuk DBP bagi papan tandaEbi Azly AbdullahBerita Harian19.06.1996
Rujuk kepada "isteri tua" yang pengasihS. Othman KelantanUtusan Zaman18.01.1981
1234

Kembali ke atas