Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.ju/] | روجوع

Definisi : Ar 1. kembali (kahwin) dgn isteri yg sudah diceraikan mengikut syarat-syarat ter­tentu; 2. ki kembali kpd kedudukan atau pen­dirian yg asal (sebelum drpd itu): ia tidak meng­­harapkan pemimpin-pemimpin itu da­tang menemuinya dan memujuk supaya ia ~ kembali; merujuk 1. = merujuki berkahwin kembali dgn isteri yg sudah diceraikan: hatinya ber­tanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya? 2. melihat utk meneliti, melihat lebih lanjut: calon-calon hendaklah ~ kpd risalah-risalah panduan; jika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kpd karya Euler; merujukkan mengemukakan utk dikaji, me­manjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah; rujukan keterangan lanjutan mengenai se­suatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat ke­terangan yg lebih lanjut; perujukan perihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan; perujuk orang atau tempat yg dirujuk utk mendapatkan sesuatu maklumat (keterangan dsb) tentang sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.ju/] | روجوع

Definisi : berusaha supaya pasangan yg bercerai itu ~ semula. merujuk 1 melihat buku dll utk memperoleh keterangan lanjut dll ttg sesuatu perkara: ~ kpd surat tuan; Karya-karya yg bermutu dirujuk utk mendapatkan maklumat lanjut. 2 mengahwini bekas isteri semasa masih dlm idah. merujukkan mengemuka­kan sesuatu perkara utk dikaji: Hakim besar ~ perkara itu semula kpd mahkamah rendah. rujukan keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara; sumber (buku dll) utk memperoleh keterangan lanjut: Buku itu dijadikan ~ dlm bidang ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ru.ju/] | روجوع

Definisi : berbalik atau berkahwin semula semasa masih dlm idah (bkn pasangan suami isteri yg bercerai): Mereka (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rujuk


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
dapat menerima e-mel seterusnya. Sinonim bom surat. (c) Istilah yang mempunyai takrif yang berkait rapat dengan konsep sesuatu istilah yang lain, maka label entri Lihat juga digunakan sebagai penanda rujuk silang: DES ganda tiga (3DES) (Ig. triple DES (3DES); Br. DES ganda tiga; Id. DES tripel) Pengukuhan kepada DES asal yang menggunakan tiga atau dua kekunci berbeza. Pengukuhan ini melibatkan DES). 2. Huruf Condong Huruf condong digunakan dalam hal-hal yang berikut: (a) Padanan istilah dalam bahasa asing pada entri. (b) Penanda singkatan seperti Ig. bagi bahasa Inggeris. (c) Penanda rujuk silang seperti Sinonim, Lihat dan Lihat juga. 3. Tanda Kurung Bulat Tanda kurung bulat digunakan untuk menandai perkara- perkara yang berikut: (a) Padanan bahasa Inggeris pada entri serta asal usulnya

Kembali ke atas