Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.ju/] | روجوع

Definisi : Ar 1. kembali (kahwin) dgn isteri yg sudah diceraikan mengikut syarat-syarat ter­tentu; 2. ki kembali kpd kedudukan atau pen­dirian yg asal (sebelum drpd itu): ia tidak meng­­harapkan pemimpin-pemimpin itu da­tang menemuinya dan memujuk supaya ia ~ kembali; merujuk 1. = merujuki berkahwin kembali dgn isteri yg sudah diceraikan: hatinya ber­tanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya? 2. melihat utk meneliti, melihat lebih lanjut: calon-calon hendaklah ~ kpd risalah-risalah panduan; jika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kpd karya Euler; merujukkan mengemukakan utk dikaji, me­manjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah; rujukan keterangan lanjutan mengenai se­suatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat ke­terangan yg lebih lanjut; perujukan perihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan; perujuk orang atau tempat yg dirujuk utk mendapatkan sesuatu maklumat (keterangan dsb) tentang sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.ju/] | روجوع

Definisi : berusaha supaya pasangan yg bercerai itu ~ semula. merujuk 1 melihat buku dll utk memperoleh keterangan lanjut dll ttg sesuatu perkara: ~ kpd surat tuan; Karya-karya yg bermutu dirujuk utk mendapatkan maklumat lanjut. 2 mengahwini bekas isteri semasa masih dlm idah. merujukkan mengemuka­kan sesuatu perkara utk dikaji: Hakim besar ~ perkara itu semula kpd mahkamah rendah. rujukan keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara; sumber (buku dll) utk memperoleh keterangan lanjut: Buku itu dijadikan ~ dlm bidang ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ru.ju/] | روجوع

Definisi : berbalik atau berkahwin semula semasa masih dlm idah (bkn pasangan suami isteri yg bercerai): Mereka (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rujuk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mixed benchmarkukur rujuk percampuranEkonomiEkonomi IslamKriteria penentuan percampuran yang dibolehkan daripada aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan syarak. Aktiviti selaras dan tidak selaras dengan syarak ditentukan berdasarkan perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat. Terdapat beberapa tanda aras yang digunakan dalam ukur rujuk bagi menentukan peratus percampuran aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan syarak. Sekiranya kadar percampuran aktiviti yang tidak selaras syariah melebihi tanda aras yang ditetapkan, maka sekuriti syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh syarak. Terdapat beberapa ukur rujuk percampuran yang digunakan, iaitu ukur rujuk 5 peratus, ukur rujuk 10 peratus dan ukur rujuk 25 peratus. Sinonim tanda aras percampuran.
resource personpakar rujukKomunikasiKorporatIndividu atau kumpulan yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang yang kepakarannya digunakan untuk sesuatu tujuan oleh organisasi atau syarikat. Individu atau kumpulan ini dilantik oleh syarikat sebagai perunding atau penasihat dalam sesuatu projek atau acara berkaitan degan bidang yang diperlukan. Pakar rujuk biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang luas, serta diperakui dan diiktiraf oleh komuniti dalam sesuatu bidang. Dalam komunikasi korporat, pakar rujuk perhubungan awam kerap diundang oleh syarikat atau organisasi awam untuk membantu menyelesaikan masalah pengurusan perhubungan awam, sama ada dengan khalayak dalaman atau khalayak luaran. Keputusan untuk menggunakan khidmat pakar rujuk biasanya dibuat pada peringkat awal penubuhan organisasi awam atau syarikat, semasa berlaku krisis, atau semasa syarikat atau organisasi itu sedang berusaha untuk melakukan proses penjenamaan semula.
bench marktanda arasGeografiTiadaTanda rujuk yang tetap digunakan oleh seorang kajiukur sewaktu menjalankan tinjau selidik topografi. Tanda rujuk ini merujuk kepada ketinggian sesuatu objek daripada aras dasar biasanya aras dasar laut.
antinodeantinodFizikMekanikKedudukan amplitud maksimum yang berlaku pada getaran gelombang seperti dalam gambarajah. Rajah: rujuk buku asal Kamus Fizik Mekanik halaman 6 Kedudukan antinod dalam getaran diperoleh apabila Rujuk buku asal Kamus Fizik Mekanik halaman 6 (c = getaran gelombang ke arah paksi-x; l = jarak gelombang).
Fanning friction factorfaktor geseran FanningKejuruteraanKejuruteraan KimiaFaktor geseran yang dicadangkan untuk kegunaan bagi aliran lamina di dalam paip yang diungkapkan sebagai , (rujuk m/s 45) dengan �� = faktor geseran Fanning, = tegasan ricih permukaan dinding (Pa), (rujuk m/s 45) r = ketumpatan (kg/m3), u = halaju purata (m/s), gc = 1 kg m/Ns2. atau sebagai , (rujuk m/s 45) dengan ?P = kejatuhan tekanan (Pa), D = garis pusat (m), L = panjang (m), gc = 1 kg m/N s2.
Stanton-Pannel friction factorfaktor geseran Stanton-PannelKejuruteraanKejuruteraan KimiaFaktor geseran yang dicadangkan untuk kegunaan bagi aliran lamina di dalam paip yang diungkapkan sebagai (rujuk m/s 46) dengan �SP = faktor geseran Stanton-Pannel, ? w = tegasan ricih dinding (Pa), (rujuk m/s 46) r = ketumpatan (kg/m3), u = halaju purata (m/s), gc = 1 kg m/N s2. Dan dihubungkan dengan faktor geseran Fanning �� sebagai �SP = ��/2. (rujuk m/s 46)
kinetic energy correction factorfaktor pembetulan tenaga kinetikKejuruteraanKejuruteraan KimiaFaktor yang membetulkan kadar aliran tenaga kinetik bendalir yang berketumpatan r dan berluas keratan rentas s yang malar sebagai (rujuk m/s 50) dengan = kadar aliran tenaga kinetik, U = profil halaju, Ac = keluasan, r = ketumpatan. Kadar pengaliran tenaga kinetik per unit jisim bendalir ialah (rujuk m/s 50) yang dijelaskan dalam faktor pembetulan tenaga kinetik a sebagai (rujuk m/s 50) dengan um = halaju purata, a = faktor pembetulan tenaga kinetik. Bagi aliran regim gelora, a dianggarkan sebagai (rujuk m/s 50) dengan � = faktor geseran, k = 0.407.
momentum correction factorfaktor pembetulan momentumKejuruteraanKejuruteraan KimiaFaktor yang membetulkan kadar pengaliran momentum sekiranya halaju bendalir berbeza dari titik ke titik menurut profil halaju tertentu. Faktor pembetulan momentum digunakan sebagai, (rujuk m/s 49) dengan = kadar aliran momentum, = kadar aliran jisim, u = halaju, ? = factor pembetulan momentum. Faktor pembetulan momentum ? ditakrikan sebagai (rujuk m/s 49) atau dijelaskan sebagai (rujuk m/s 49) dengan um = halaju purata, A = luas keratin rentas saluran. Bagi aliran regim gelora, ? dikorelasikan sebagai
referrujukKejuruteraanTiadaMengarahkan perhatian kepada kenyataan, pengitlakan atau kedudukan sesuatu perkara.
referrujukPentadbiranTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas