Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : catatan (kata atau tanda) yg me­­ng­arahkan perhatian pembaca dr suatu tempat ke tempat lain dlm sesebuah buku, fail dsb utk keterangan atau maklumat se­lanjutnya: mungkin ~ ini digunakan kerana masalah ejaan; satu lagi kelemahan kamus itu ialah terdapatnya terlalu banyak ~; merujuk silang merujuk drpd satu kata atau bahagian buku (makalah, rencana dsb) kpd satu kata atau bahagian buku (makalah, ren­cana dsb) yg lain: pemilihan kata dibuat se­cara ~ kpd kata yg menjadi komponen makna yg lain; merujuksilangkan merujukkan sesuatu (kata, bahagian buku dsb) kpd sesuatu (kata, bahagian buku dsb) yg lain dgn menggunakan kata atau tanda: setiap entri haruslah di­rujuksilangkan dgn entri lain yg bersinonim dengannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata, tanda dsb yg mengarahkan perhatian pembaca dr satu tempat ke tempat lain dlm sesebuah buku, fail dsb utk keterangan atau maklumat lanjut. merujuk silang membuat rujukan dr satu kata atau bahagian buku, rencana dsb ke satu kata atau bahagian buku, rencana dsb yg lain utk mendapatkan keterangan atau maklumat lanjut. merujuksilangkan merujukkan sesuatu kata atau bahagian buku, rencana dsb ke sesuatu kata atau bahagian buku, rencana dsb yg lain dgn menggunakan kata atau tanda: Kata itu dirujuksilangkan ke kata yg mempunyai erti yg sama dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silang
Kata Terbitan : bersilang, menyilangkan, persilangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Adakah 'pinout' boleh diterjemahkan kepada 'pin keluar' atau 'pinkan'? Jika tidak sesuai, mohon jasa baik pihak DBP untuk memberikan cadangan terjemahan yang sesuai. Maksud: Rujuk silang antara pin(komponen elektronik) Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Pinout Terima kasih. 'Pinout' boleh diterjemahkan kepada sama ada 'pin keluar' mahupun 'pinkan' mengikut konteks penggunaan ayat.Makna12.09.2019
Salam. Saya nak tanya, adakah minima dan maksima sistem ejaan lama?

Ya. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat entri “minima” dan “maksima” disertakan dengan tanda anak panah sebagai rujuk silang yang bererti “minima lihat minimum”  dan “maksima lihat maksimum”. Ejaan “minimum” dan “maksimum” ialah ejaan baharu yang standard.  


Ejaan20.07.2021
KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini.Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa27.12.2006
Saya mencari perkataan yang mempunyai 8 huruf. Pembayangnya ialah Sastera Arab. Penat cari masih belum terjawab.Khidmat Nasihat Bahasa tidak melayani pertanyaan berbentuk teka silang kata, sila rujuk Kamus untuk mendapatkan jawapannya.Lain-lain21.12.2011
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? ''tanda pangkat dan lain-lain yang dipakai di bahagian bahu pakaian seragam tentera'' terima kasihKami tidak menjawab soalan teka silang kata. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain17.04.2010
saya nk tau perkataan lain / maksud bagi 1) urat saraf 2) hampir sama 3) tidak tinggi 4) tempat sampahKhidmat Nasihat Bahasa tidak menjawab soalan-soalan yang berbentuk teka silang kata. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain09.06.2010
1. Pokok yang berbunga di batangnya. Nama lain bagi pokok lidah katak. 2. Sejenis buah yang rasanya manis tetapi berkulit seperti kalbu dan berwarna perang terang bila masak.Kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan yang berbentuk teka silang kata atau teka teki. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau hubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM  untuk rujukan lanjut.     Lain-lain03.07.2008
Apakah jawapan yang sesuai? Saya terpikat............kejelitaan wajah pelakon muda itu. pada,akan,oleh,dengan,kepada

Untuk makluman sdr Ahmad perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, tugasan pelajar, dan sebagainya.  Bagi menjawab soalan sdr ini,  kesemua jawapan  yang diberikan seperti akan, pada, kepada, oleh, dengan  merupakan kata sendi nama yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza mengikut konteks ayat (rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga tentang penggunaan kata sendi nama hlm 272 hingga 285).  Oleh yang demikian,  jawapan yang betul ialah akan.  Hal ini kerana, kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Kata adjektif kecantikan atau kejelitaan  dapat menimbulkan sifat suka atau asyik apabila seseorang itu melihat wajah pelakon tersebut. 

Tatabahasa23.02.2009
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum.Makna27.10.2007

Kembali ke atas