Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : catatan (kata atau tanda) yg me­­ng­arahkan perhatian pembaca dr suatu tempat ke tempat lain dlm sesebuah buku, fail dsb utk keterangan atau maklumat se­lanjutnya: mungkin ~ ini digunakan kerana masalah ejaan; satu lagi kelemahan kamus itu ialah terdapatnya terlalu banyak ~; merujuk silang merujuk drpd satu kata atau bahagian buku (makalah, rencana dsb) kpd satu kata atau bahagian buku (makalah, ren­cana dsb) yg lain: pemilihan kata dibuat se­cara ~ kpd kata yg menjadi komponen makna yg lain; merujuksilangkan merujukkan sesuatu (kata, bahagian buku dsb) kpd sesuatu (kata, bahagian buku dsb) yg lain dgn menggunakan kata atau tanda: setiap entri haruslah di­rujuksilangkan dgn entri lain yg bersinonim dengannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata, tanda dsb yg mengarahkan perhatian pembaca dr satu tempat ke tempat lain dlm sesebuah buku, fail dsb utk keterangan atau maklumat lanjut. merujuk silang membuat rujukan dr satu kata atau bahagian buku, rencana dsb ke satu kata atau bahagian buku, rencana dsb yg lain utk mendapatkan keterangan atau maklumat lanjut. merujuksilangkan merujukkan sesuatu kata atau bahagian buku, rencana dsb ke sesuatu kata atau bahagian buku, rencana dsb yg lain dgn menggunakan kata atau tanda: Kata itu dirujuksilangkan ke kata yg mempunyai erti yg sama dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silang
Kata Terbitan : bersilang, menyilangkan, persilangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
general cross-referencerujuk silang umumPerpustakaanTiadaTiada
asyndetictanpa rujuk silangPerpustakaanTiadaEntri di dalam katalog yang tidak mempunyai rujukan silang.
cross-linkingperangkaian silangKimiaTiadaPenyambungan dua rantai molekul polimer dengan titian yang terdiri daripada unsur, kumpulan atau sebatian. Titian ini menggabungkan atom karbon tertentu kepada polimer tersebut dengan ikatan kimia. Perangkaian silang terdapat semula jadi di dalam bahan yang terdiri daripada rantai polipeptida, seperti dalam protein dan insulin. Proses ini boleh juga berlaku secara kimia atau secara pendedahan kepada sinaran berkuasa tinggi. Misalnya, pemvulkanan getah dengan sulfur atau peroksida organik. Perangkaian silang dapat menambahkan kekuatan dan ketahanan rantai polimer terhadap tindakan haba, elektrik, dan pelarut. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 149 Perangkaian silang
cross belt drivepemacuan tali sawat silangMekanikGunaanPemacuan tali sawat apabila bahagian bebas tali sawat (iaitu bahagian yang tidak melimpap pada kapi) mulai menyentuh kapi pemacu dan kapi pengikut di sebelah yang berlainan nisbi terhadap garis yang menghubungkan pusat kapi-kapi berkenaan [Rajah P4]. Dalam pemacuan silang, kedua-dua kapi tersebut berputar pada hala yang berlawanan. Lihat juga pemacuan tali sawat terbuka. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 142 RAJAH P4
right-hand ruleperaturan tangan kananMekanikGunaanPeraturan yang menentukan hala bagi vektor hasil darab yang diperoleh apabila dua vektor didarab silang. Peraturan ini menyatakan bahawa hala vektor hasil darab yang berkenaan berpadanan dengan hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam daripada vektor pertama kepada vektor yang kedua [Rajah P8]. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 150 RAJAH P8
open belt drivepemacuan tali sawat terbukaMekanikGunaanPemacuan tali sawat yang mempunyai bahagian bebas, (iaitu bahagian yang tidak melimpap pada kapi) yang menyentuh kapi pemacu dan kapi pengikut di sebelah yang sama nisbi terhadap garis yang menghubungkan pusat kapi-kapi itu [Rajah P5]. Dalam pemacuan terbuka, kedua-dua kapi berkenaan berputar pada hala yang sama. Lihat juga pemacuan tali sawat silang. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 142 RAJAH P5

Kembali ke atas