Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
special waqfwakaf khasEkonomiEkonomi IslamWakaf yang dikhususkan tentang kegunaan harta wakaf dan pihak penerima manfaatnya oleh wakif. Harta wakaf khas tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang dikhususkan kecuali sekiranya terdapat alasan yang diharuskan oleh syarak. Contoh wakaf khas adalah untuk mendirikan masjid, kawasan perkuburan dan rumah anak yatim.
social welfarekebajikan sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat. Kebajikan sosial melibatkan usaha atau program yang berbentuk peningkatan kualiti kehidupan seperti penyediaan kemudahan asas, perumahan baru, peningkatan pendapatan, peluang kerjaya dan penyaluran subsidi. Fokus utama kebajikan sosial adalah kepada golongan miskin, warga tua, orang kurang upaya, pelajar dan kumpulan minoriti. Antara contoh kebajikan sosial ialah PPRT, rumah kebajikan anak yatim dan rumah seri kenangan.


Kembali ke atas