Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STEVENSON, ROBERT

Stevenson, Robert (1772–1850) ialah jurutera

awam Scotland yang dikenali sebagai pembina

rumah api. Dia membina 23 rumah api di

sepanjang pantai Great Britain dan mencipta

sebuah lampu pemancar yang digunakan untuk

memandu arah kapal. Kerjanya yang paling

terkenal ialah Rumah Api Bell Rock, yang direka

bentuk dan dibina bersama dengan arkitek dan

jurutera, John Rennie. Pemuisi Robert Southey

mengabadikan Rumah Api Bell Rock ini dalam

puisinya “Inchcape Rock”. Rumah api ini terletak di

Laut Utara, 18 kilometer dari Dundee, Scotland.

Stevenson lahir di Glasgow, Scotland. Pengarang

Robert Louis Stevenson ialah cucunya.

UMUM 
RUMAH API

Rumah api ialah menara yang memancarkan

cahaya yang kuat sebagai bantuan pandu arah

kepada pelaut. Rumah api membantu pelayar

menetapkan kedudukan mereka, menandakan

bahawa tanah daratan semakin hampir, dan

memberi amaran tentang kawasan berbatu dan

terumbu yang berbahaya.

UMUMUmum
SMEATON, JOHN

Smeaton, John (1724–1792) ialah jurutera British

yang mereka bentuk rumah api Eddystone yang

ketiga di pantai England. Dia mengabaikan nasihat

para jurutera lain dan membina rumah api itu

daripada blok batu yang ditanggam bersama.

Rumah apinya teguh berdiri selama lebih 100

tahun sebelum dirobohkan. Smeaton juga mereka

bentuk dan membina jambatan, kincir air,

pelabuhan, terusan, sistem saliran, dan projek lain.

Dia membuat pembaikan besar pada enjin stim

ciptaan Newcomen. Dia orang pertama yang

menggelar dirinya sebagai jurutera awam. Pada

tahun 1771, dia menubuhkan Persatuan Jurutera

Awam. Smeaton lahir di Austhorpe berhampiran

Leeds, England.

UMUM 
SUAR

Suar ialah lampu, atau struktur yang mudah

dilihat, yang biasanya terletak pada kedudukan

yang tinggi. Suar terutamanya digunakan untuk

membantu juruterbang atau kapten kapal mencari

laluan yang selamat. Rumah api dan boya pelayaran

merupakan dua jenis suar yang utama bagi kapal.

UMUM 
SIREN

Siren ialah alat yang digunakan untuk

membunyikan isyarat amaran. Ambulans, kereta

bomba, dan kereta polis menggunakan siren untuk

memberitahu lalu lintas supaya memberi jalan.

Siren yang dikenali sebagai hon kabut digunakan

pada rumah api dan kapal untuk memberi amaran

kepada kapal-kapal lain semasa cuaca berkabut

dan cuaca buruk. Siren juga digunakan sebagai

amaran serangan udara.

UMUM 
TANJUNG HATTERAS

Tanjung Hatteras ialah tanjung tinggi yang indah

yang terletak di hujung tenggara Pulau Hatteras yang

menjadi sebahagian daripada Outer Banks. Tanjung

ini terletak lebih daripada 48 kilometer ke timur

pantai Carolina Utara di Amerika Syarikat (lihat

Carolina Utara ). Beting Diamond Shoals berbahaya

bagi kapal, hingga tempat ini digelar Perkuburan

Atlantik (Graveyard of the Atlantic). Rumah api dan

stesen api luar pesisir memberi amaran kepada kapal

supaya mengelak kawasan tersebut. Cape Hatteras

National Seashore terletak di Tanjung Hatteras.

UMUM 
ARCHER, JOHN LEE

Archer, John Lee (1791–1852), jurutera awam dan

arkitek, yang mereka bentuk kebanyakan bangunan-

bangunan tertua di Tasmania. Dia mereka bentuk

gereja-gereja Old Trinity, Richmond, Bothwell,

Hamilton, Battery Point, Stanley dan St. John di New

Town. Bangunan-bangunan awam yang paling

terkenal hasil reka bentuknya ialah Ordnance

Stores , Public Buildings dan Launceston Court

House . Rumah Kastam yang direka bentuk olehnya

kini merupakan Parlimen Tasmania. Dia juga mereka

bentuk sebahagian daripada rumah api di Low Head

dan Cape Bruny. Archer lahir di Ireland.

UMUM 
KEMAHIRAN BINAAN

Kemahiran binaan ialah mana-mana satu

daripada cabang industri yang berkaitan dengan

pembinaan bangunan awam, rumah, jambatan,

terusan, pelabuhan, landasan kereta api, takungan,

jalan dan lebuh raya, betung, dan terowong.

Kesemua kemahiran binaan ini dikenali sebagai

industri pembinaan.

UMUM 
PETROLEUM

Petroleum adalah salah satu daripada sumber

semula jadi yang paling berharga di dunia.

Sesetengah orang menamakan petroleum emas

hitam , tetapi lebih baik sekiranya ia diperikan

sebagai nadi negara perindustrian. Bahan api yang

dibuat daripada petroleum membekalkan kuasa

kepada kereta, kapal terbang, kilang, kelengkapan

ladang, trak, kereta api, dan kapal. Bahan api

petroleum juga menjana haba dan tenaga elektrik

untuk rumah dan premis perniagaan.

Keseluruhannya, petroleum membekalkan hampir

separuh daripada tenaga yang digunakan di dunia.

UMUM 
KUASA ELEKTRIK

Kuasa elektrik ialah penggunaan tenaga elektrik

untuk melakukan kerja. Ia menerangi, memanaskan

dan menyejukkan suhu rumah. Elektrik juga

dapat membekalkan kuasa untuk set televisyen,

peti sejuk, pembersih vakum dan banyak lagi alat

rumah. Kuasa elektrik menggerakkan jentera di

kilang. Eskalator, lif dan komputer, dan banyak lagi

alat bagi kegunaan di kedai dan pejabat menggunakan

kuasa elektrik. Elektrik memacu dan menggerakkan

kereta api dan sistem pengangkutan

bawah tanah. Di ladang, jentera elektrik melakukan

kerja seperti mengepam air, memerah susu lembu

dan mengeringkan rumput kering.

UMUM 
12

Kembali ke atas