Puisi
 

Rumah besar tiang seribu,
     Rumah kecil tiangnya sepuntung;
Kecil mengikut ibu,
     Sudah besar mengadu untung.


Lihat selanjutnya...(143)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OLEANDER

Oleander ialah pokok renek berbunga yang

dihargai sebagai tumbuhan rumah. Oleander

kadangkala tumbuh setinggi 4.5 meter. Daunnya

keras berbentuk tombak dan bunganya cantik bak

ros. Dua jenis oleander yang paling biasa

mempunyai bunga berwarna merah dan putih.

Oleander berasal dari bahagian panas di Asia dan

dari kawasan Mediterranean. Pekebun

menanamnya di luar rumah dalam iklim panas dan

dalam pasu dan tab di kawasan beriklim

sederhana. Kesemua bahagian oleander adalah

beracun.

UMUM 
RIMU

Rimu ialah nama bagi beberapa spesies pokok

tinggi di New Zealand. Satu spesies juga dikenali

sebagai pain merah . Kayunya, yang bercorak cantik

dan sangat berharga, digunakan untuk membina

rumah. Rimu boleh ditanam untuk mengawal

hakisan tanah. Pokok ini tumbuh menjulang tinggi,

dengan dahannya yang melentok berwarna hijau

pucat dan daun halus yang tumbuh rapat pada

batangnya. Seperti semua pain, pokok ini

mempunyai bunga yang tidak menyerlah sama ada

bunga jantan atau bunga betina. Bunganya tumbuh

di hujung dahan; bunga jantan dalam “bentuk

mayang” dan bunga betina dalam bentuk kon kecil.

Setiap pokok mengeluarkan hanya bunga jantan

atau bunga betina.

UMUM 
PETRA

Petra ialah bandar purba di selatan Laut Mati

yang kini dikenali sebagai Jordan. Petra ialah pusat

perdagangan yang penting pada akhir tahun 400-

an S.M. hingga awal tahun 200-an. Bandar tersebut

berada di jalan perdagangan darat yang

menghubungkan kawasan Arab dan Laut

Mediterranean . Kaum Nabataean, satu kumpulan

orang Arab, berkuasa di Petra pada tahun 400-an

S.M. Pada tahun 106 M., Petra ditawan oleh tentera

Rom yang menjadikannya sebahagian daripada

empayar Rom. Petra maju dari tahun 106 hingga

awal tahun 200-an M. Penduduk Petra membina

kuil-kuil di kawasan lapang dan mereka menebuk

cerunan untuk membuat rumah. Petra selalu

digelar bandar merah mawar kerana bangunannya

yang diperbuat daripada batu merah dan cerunan

merah yang mengelilinginya.

UMUM 
SILAU SALJI

Silau salji ialah kekurangan tahap penglihatan

sementara akibat cahaya matahari yang terang yang

terpantul dari salji. Penyembuhan dalam tempoh 24

jam adalah biasa. Kadangkala seseorang itu

menghadapi masalah membezakan warna selepas

silau salji, dan melihat semua benda berwarna merah

bagi tempoh yang lama. Dalam kebanyakan kes, silau

salji akan hilang apabila seseorang itu merehatkan

mata dan tidak keluar rumah. Walau bagaimanapun,

dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku,

pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya

terpantul boleh mengakibatkan retinopati suria iaitu

gangguan yang mungkin boleh menyebabkan

sesetengah hilang penglihatan yang kekal. Memakai

cermin mata hitam atau gogal gelap dapat

menghalang silau salji.

UMUM 
PARSNIP

Parsnip ialah sayur dwitahunan yang mempunyai

banyak daun bercuping dalam dan halus. Bahagian

parsnip yang boleh dimakan ialah akar putihnya

yang panjang tirus. Parsnip ialah tumbuhan biasa

di laman rumah, tetapi sayur ini tidak penting dari

segi komersial. Parsnip berkaitan dengan lobak

merah dan adas.

UMUM 
TEMBAKAU BERBUNGA

Tembakau berbunga atau nikotiana ialah

nama bagi beberapa tumbuhan tahunan dan

tumbuhan saka dalam famili nightshade. Ia

ditanam kerana bunganya yang harum. Tumbuhan

ini tumbuh liar di kawasan tropika Amerika

Selatan, dan ditanam di banyak kawasan.

Daun tembakau berbunga berbulu dan melekit.

Bunganya berwarna kuning, ungu, merah atau

putih, dan berbentuk seperti tiub panjang.

Tembakau berbunga sangat sensitif terhadap

cuaca sejuk, dan hendaklah dilindungi. Ia boleh

ditanam daripada biji benih di tanah ringan yang

subur. Biji benihnya hendaklah ditanam di batas

panas atau rumah hijau pada awal musim bunga,

dan kemudian dipindahkan ke luar.

Pengelasan saintifik. Tembakau berbunga

tergolong dalam famili nightshade, Solanaceae, genus

Nicotiana .

UMUM 
SIRAP

SIRAP, minuman yang dibuat daripada gula pasir yang dimasak dengan air, pewarna merah dan daun pandan atau pewangi air mawar.  Sirap juga dipanggil serbat di utara Semenanjung Malaysia.  Sirap dihidangkan pada waktu kenduri, waktu berbuka puasa dan ketika tetamu datang ke rumah.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas