Puisi
 

Rumah besar tiang seribu,
     Rumah kecil tiangnya sepuntung;
Kecil mengikut ibu,
     Sudah besar mengadu untung.


Lihat selanjutnya...(143)

Pantun

PantunSumberTema
Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Lagi kecil ditimbang ibu, Sudah besar timbang gelombang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya gontong; Dari kecil timangnya ibu, Sudah besar cari untung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sembilan; Dari kecil dikandung ibu, Sudah besar mencari makan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Masa kecil ditimang ibu, Sudah besar ditimang orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar mengisi padi; Sedang kecil menurut ibu, Sudah besar menurut laki.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah kecil alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak berhajat besar, Tidak saya sampai ke mari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Kecil-kecil ditimang ibu, Sudah besar menimang abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas