Puisi
 

Rumah besar tiang seribu,
     Rumah kecil tiangnya sepuntung;
Kecil mengikut ibu,
     Sudah besar mengadu untung.


Lihat selanjutnya...(143)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Lagi kecil ditimbang ibu, Sudah besar timbang gelombang.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya gontong; Dari kecil timangnya ibu, Sudah besar cari untung.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sembilan; Dari kecil dikandung ibu, Sudah besar mencari makan.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Masa kecil ditimang ibu, Sudah besar ditimang orang.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil tiang seribu, Rumah besar mengisi padi; Sedang kecil menurut ibu, Sudah besar menurut laki.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak berhajat besar, Tidak saya sampai ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Kecil-kecil ditimang ibu, Sudah besar menimang abang.
12345678910...

Kembali ke atas