Puisi
 

Rumah besar tiang seribu,
     Rumah kecil tiangnya sepuntung;
Kecil mengikut ibu,
     Sudah besar mengadu untung.


Lihat selanjutnya...(143)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rumah I1. binaan utk tempat tinggal; ahli (orang) ~ a) isteri; b) ahli keluarga yg tinggal di rumah; anjung ~ bahagian depan rumah yg menganjur; elaun ~ elaun sewa rumah utk pegawai; nyonya ~ Id isteri; perkakas ~ a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; tuan ~ pemilik rumah; 2. (biasanya dipakai apabila memberi nama kpd sesuatu bangunan dgn erti) bangunan, gedung: R~ Persekutuan; 3. ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga (di sekolah dll): sebuah sekolah selalunya di­bahagikan kpd empat ~ dan ~-~ itu diberi nama warna misalnya ~ merah, ~ biru, dll; 4. = ~ angka bahagian dlm susunan angka, ruang, kolum: ~ se; ~ puluh; ~ ratus; ~ adat balairung; ~ Allah a) bangunan khas tempat umat Islam mengerjakan solat dan ibadat-ibadat lain, iaitu masjid dan surau; b) Kaabah; ~ api menara api (mercu suar); ~ asap bangunan atau tempat khas utk menge­ringkan atau mengawet sesuatu (spt getah, tembakau, ikan dsb) dgn mengasapinya; ~ bandar a) rumah bertingkat yg sama bentuk­nya dan dibina bercantum dlm satu deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah; b) rumah teres satu atau dua setengah tingkat yg kelihatan tinggi dan agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar, bereka bentuk moden, biasanya mem­punyai anjung kereta di tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu; ~ batu rumah yg berdinding batu-bata; ~ berhala kuil (tempat memuja berhala); ~ besar a) rumah yg besar; b) rumah yg pokok (sbg ibu atau induk); ~ bicara Id bangunan tempat bermesyuarat; ~ bola Id rumah tempat bermain biliard, rumah kelab; ~ butang (kancing) lubang tempat me­masukkan butang (buah kancing) baju; ~ dansa Id rumah tempat berdansa (menari), kabaret; ~ dapur bahagian rumah yg di bela­kang (tempat memasak); ~ gadai (pajak) rumah tempat menggadaikan barang-barang; ~ gedang Mn rumah ibu (induk) sbg tempat tinggal kaum keluarga; ~ gila rumah tempat merawat orang gila; ~ hantu tempat per­temuan ahli persatuan Freemason; ~ haram rumah yg didirikan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (tuan punya tanah dll); ~ hijau rumah kaca; ~ ibadat (ibadah) rumah tempat beribadat (masjid, gereja, kuil); ~ ibu bahagian yg utama rumah Melayu, rumah induk, rumah gedang; ~ instansi Id rumah utk pegawai kerajaan; ~ jaga pondok tempat berkawal (tempat pengawal berteduh), gardu; ~ judi tempat berjudi, petopan; ~ kaca bangunan khas yg bumbung dan dindingnya drpd kaca, digunakan utk melindungi tanaman tertentu dlm keadaan yg terkawal; ~ kampung bp (biasanya) rumah yg diperbuat drpd kayu yg berlantai tinggi dan beratapkan rumbia (nipah dll); ~ kedai rumah dan kedai sekali (biasanya rumah deret di bandar), bangunan utk kedai; ~ kembar rumah yg dua serangkai (se­ban­dung); ~ kilat bp rumah haram yg didirikan dgn cepat (biasanya pd waktu malam); ~ kit tempat menghisap candu; ~ komedi Id pang­gung sandiwara; ~ kutai sj rumah tradisional Melayu Perak; ~ ladang tempat kediaman yg didirikan di kawasan ladang yg meng­usahakan tanaman atau ternakan, biasa­nya secara komersial; ~ lelang Id rumah tempat melelong barang-barang; ~ liar bp rumah haram; ~ limas = ~ bumbung lima rumah yg mempunyai lima tulang bumbung (satu ruang atau bilik menganjung ke hadapan); ~ loteng (berloteng) rumah yg bertingkat; ~ makan kedai tempat makan; ~ minum kedai tempat minum (menjual minuman); ~ miskin rumah tempat merawat orang miskin; ~ monyet rumah jaga (gardu kecil); ~ murah rumah yg murah harganya (dibangunkan oleh kerajaan utk dijual kpd orang ramai yg berpendapatan rendah); ~ panggung rumah yg tinggi lantai­nya; ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak (tempat kediaman banyak keluarga); ~ panjang a) rumah kediaman orang Iban, Bidayuh dsb di Borneo; b) rumah pelacuran; ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak binaan; ~ pasung a) balai polis; b) rumah tempat me­nahan orang salah; ~ pelacuran rumah tempat sundal; ~ penginapan (pemalaman ark) rumah tempat bermalam (hotel, motel, dll); ~ pen­jelasan (Eko) a) pusat pertukaran cek antara bank utk tujuan menjelaskan cek; b) pusat yg menguruskan penjelasan bagi urus niaga yg dijalankan di pasaran sekuriti atau komoditi; ~ perdeo (perai) Id, bp penjara; ~ perhentian rumah tempat berhenti (berehat, bermalam, biasanya kepunyaan kerajaan); ~ pesang­garahan Id = ~ persinggahan rumah per­hentian; ~ petak rumah deret; ~ piatu rumah yg menempatkan anak-anak yatim piatu; ~ potong = ~ sembelih tempat me­nyem­­belih (lembu, kerbau, dll), pembantaian, pejagalan; R~ Putih nama bangunan tempat kediaman Presiden Amerika Syarikat; ~ rehat bangunan (yg disediakan oleh kerajaan) yg memberi kemudahan penginapan (spt hotel) ter­utama­nya utk kakitangan kerajaan; ~ sakit tempat merawat orang sakit, hospital; ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan (orang lain) secara haram atau tanpa ke­be­naran, biasanya di kawasan bandar dan tidak sempurna kemudahan asasnya; ~ sewa rumah utk disewakan; ~ siput kulit siput; ~ tanaman rumah kaca; ~ tengah bahagian rumah Melayu yg di tengah; ~ terbuka majlis makan dan ramah mesra di rumah seseorang yg terbuka kpd sahabat handai dsb (biasanya semasa musim perayaan, spt perayaan Aidil­fitri); ~ teres rumah yg dibina yg satu di sisi yg lain (sehingga menjadi deretan yg terdiri drpd beberapa buah atau unit rumah); ~ tetamu rumah yg memberi penginapan; ~ tumpang­an rumah tempat menumpang makan dan tidur, hotel kecil (lazimnya menyediakan penginapan pd kadar murah); ~ turutan rumah samping (bukan rumah induk); ~ ubat Id kedai tempat menjual ubat-ubatan; ~ urut a) rumah tempat berurut; b) rumah pelacuran; ~ buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek; ~ gedang ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa bahagia kpd suami; ~ gedang bersendi perak prb orang bangsawan dan kaya pula; ~ sudah, tukul (pahat) berbunyi prb mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan; dalam ~ membuat ~ prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja dgn orang lain; diseluduki bawah ~ orang berluluk kepala = masuk ke bawah ~ orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu; memperlihatkan ~ buruk kpd orang maling prb mempertontonkan rahsia sendiri kpd orang; tiada berorang di ~ prb perihal seorang perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi; serumah 1. seisi rumah, seluruh rumah; 2. tinggal dlm satu rumah: kedua-dua pe­rem­puan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan seorang di bawah; 3. sudah kahwin (ber­isteri atau bersuami); menyerumahkan meletakkan (menaruh­kan) dlm satu rumah: apakah dia akan diserumahkan dgn madunya? rumah-rumah 1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan drpd rumah; berumah 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg berkedudukan tinggi, ber­budi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dll); berumahkan menjadikan sbg rumah: orang Arab yg hidup ~ khemah yg dibuat drpd kulit unta; memperumahkan mengahwinkan (mem­peristerikan, mempersuamikan): lebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok; perumahan 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pe­ngurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai ke­rajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk men­diri­kan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; perumah (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan perlindungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rumah1 bangunan utk tempat tinggal: Siapa yg tinggal di ~ yg besar itu? 2 sebarang bangunan secara umum; gedung: ~ BP Kuala Lumpur. 3 pasukan atau kumpulan dlm olahraga di sekolah dll: Dlm perlawanan bola sepak, pasukan ~ merah akan melawan pasukan ~ biru. 4 = ~ angka bahagian dlm susunan angka: ~ sa; ~ puluh; ~ ratus. ~ Allah a. Kaabah. b. bangunan khas, spt masjid, surau dsb tempat umat Islam beribadat. ~ api menara yg diberi berlampu utk panduan kapal pd waktu malam. ~ asap bangunan tempat mengasapi getah (supaya kering). ~ berhala rumah tempat memuja berhala. ~ dapur bahagian rumah tempat memasak. ~ haram rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan tanpa izin pihak yg berkuasa. ~ hijau bangunan khas yg bumbung dan dindingnya dibuat drpd kaca, gunanya sbg tempat menanam pokok dlm keadaan terkawal, melindungi tanaman drpd cuaca yg tidak baik dsb. ~ ibadat rumah tempat orang beribadat (spt masjid, gereja, kuil). ~ ibu (induk) bahagian rumah yg terbesar atau yg utama. ~ kaca rumah hijau. ~ kedai bangunan tempat kedai. ~ kilat rumah haram yg didirikan dgn cepat. ~ murah rumah yg murah harganya. ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak. ~ panjang rumah yg panjang yg didiami oleh beberapa banyak keluarga. ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak pembinaan. ~ pasung rumah tempat menahan orang salah. ~ sakit rumah tempat merawat orang sakit; hospital. ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau tanah orang lain secara haram atau tanpa kebenaran, biasanya di kawasan bandar dan kemudahan asasnya tidak sempurna. rumah-rumah 1 rumah yg banyak. 2 = rumah-rumahan sesuatu yg rupanya spt rumah; rumah tiruan. berumah 1 mempunyai atau memiliki rumah. 2 tinggal atau duduk di: Dia tidak suka ~ di pekan. berumahkan menggunakan sesuatu sbg rumah: Orang-orang zaman dahulu ~ gua. perumahan 1 kumpulan rumah; rumah-rumah tempat tinggal: Tempat itu dijadikan kawasan ~ utk bekas tentera. 2 hal dll mengenai rumah: masalah ~. perumah ist organisma yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggal, tempat mendapatkan makanan dan perlindungan. serumah 1 seisi keluarga. 2 tinggal dlm satu rumah: Mereka sepejabat dan ~. menyerumahkan menempatkan (meletakkan) dlm satu rumah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rumah1 bangunan utk tempat tinggal: Siapa yg tinggal di ~ yg besar itu? 2 sebarang bangunan secara umum; gedung: ~ BP Kuala Lumpur. 3 pasukan atau kumpulan dlm olahraga di sekolah dll: Dlm perlawanan bola sepak, pasukan ~ merah akan melawan pasukan ~ biru. 4 = ~ angka bahagian dlm susunan angka: ~ sa; ~ puluh; ~ ratus. ~ apimenara yg diberi berlampu utk panduan kapal pd waktu malam. ~ asap bangunan tempat mengasapi getah (supaya kering). ~ berhala rumah tempat memuja berhala. ~ dapur bahagian rumah tempat memasak. ~ haram rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan tanpa izin pihak yg berkuasa. ~ibadat rumah tempat orang beribadat (spt masjid, gereja, kuil dll). ~ ibu (induk) bahagian rumah yg terbesar atau yg utama. ~ kedai bangunan tempat kedai. ~ kilat rumah haram yg didirikan dgn cepat. ~ murah rumah yg murah harganya. ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak. ~panjang rumah yg panjang yg didiami oleh beberapa banyak keluarga. ~ pasung rumah tempat menahan orang salah. ~ sakit rumah tempat merawat orang sakit; hospital. rumah-rumah 1 rumah yg banyak. 2 = rumah-rumahan sesuatu yg rupanya spt rumah; rumah tiruan. berumah 1 mempunyai atau memiliki rumah. 2 tinggal atau duduk di: Dia tidak suka ~ di pekan. berumahkan menggunakan sesuatu sbg rumah: Orang-orang zaman dahulu ~ gua. perumahan 1 kumpulan rumah; rumah-rumah tempat tinggal: Tempat itu dijadikan kawasan ~ utk bekas tentera. 2 hal dll mengenai rumah: masalah ~. serumah 1 seisi keluarga. 2 tinggal dlm satu rumah: Mereka tinggal ~. menyerumahkan menempatkan (meletakkan) dlm satu rumah.Kamus Pelajar
bongorsj tumbuhan (pokok) yg berbunga ungu (kayunya dipakai utk rumah dll), Lagerstroemia speciosa; merah ~ ungu.Kamus Dewan Edisi Keempat
jalan1 tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll: ~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2 ikhtiar; cara; akal: Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu. 3 gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4 perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kedai dsb. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jalan1. tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll:~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2. ikhtiar; cara; akal:Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu.. 3. gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4. perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1. bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2. bergerak dr satu tempat ke satu tempat:Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3. berlangsung; berlaku:Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan bersiar-siar dgn berjalan kaki:Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb);mengalami:Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1. mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2. mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1. hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~nya ke sekolah tadi. 2. cara berjalan (bergerak):Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3. aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki.Kamus Pelajar
batu batabatu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding rumah dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memulas1. mewarnai, mengecat, menyapu (dgn bubukan dll yg berwarna): dinding rumah itu dipulas dgn kapur putih; ~ gambar; pipinya dipulas merah jambu; 2. memperbaiki (mengembangi) tayar luar yg telah haus; tukang ~ ban Id tukang yg membaiki tayar;Kamus Dewan Edisi Keempat
pulas VJw; memulas 1. mewarnai, mengecat, menyapu (dgn bubukan dll yg berwarna): dinding rumah itu dipulas dgn kapur putih; ~ gambar; pipinya dipulas merah jambu; 2. memperbaiki (mengembangi) tayar luar yg telah haus; tukang ~ ban Id tukang yg membaiki tayar; pulasan 1. yg sudah dipulas (diwarnai); 2. = berpulasan ki nampaknya saja baik, tidak asli (tulen), palsu; 3. ark tayar yg dipulas.Kamus Dewan Edisi Keempat
duduk1 meletakkan badan bertumpu pd punggung (bersila, bersimpuh dll): Dia ~ di atas permaidani merah. 2 tinggal; diam: Dia ~ di Melaka lebih kurang lima tahun. 3 letak; tempat: Tudung botol itu tidak betul ~nya, nanti tumpah pula isinya. 4 berada (di sesuatu tempat): Pd hari itu, dia cuma ~ di rumah. 5 berkahwin; bernikah. ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki. ~ bersila duduk dgn melipatkan kaki dan menyilangkannya. ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. duduk-duduk (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. menduduki 1 duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2 bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3 memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian: Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4 mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5 menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menakluk: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. mendudukkan 1 menempatkan; meletakkan: Dia ~ budak itu di atas tilam. 2 mempersilakan (menyuruh) duduk: Sultan telah ~ puteranya yg bongsu di sisinya. 3 menjadikan bersuami atau beristeri; mengahwinkan; menikahkan: Telah Tun Fatimah besar, maka hendak didudukkan oleh Bendahara Seri Maharaja dgn Tun Ali. terduduk terjatuh duduk; duduk dgn tiba-tiba: Dia tergelincir terus ~ di atas simen yg kotor itu. dudukan tempat letak sesuatu alat dll: ~ spring. kedudukan 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? sekedudukan sama kedudukannya (bkn taraf, tempat letaknya, tempat tinggal, cara, keadaan dll). bersekedudukan 1 mempunyai kedudukan (taraf, keadaan dll) yg sama. 2 tinggal bersama spt suami isteri tanpa nikah: ditangkap kerana ~. pendudukan perbuatan menakluk sesebuah negara; penaklukan: Dlm masa 12 tahun selepas ~ Jepun, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. penduduk orang yg menduduki sesuatu tempat (negeri dll). kependudukan segala hal mengenai penduduk sesuatu tempat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas