Puisi
 

Rumah besar tiang seribu,
     Rumah kecil tiangnya sepuntung;
Kecil mengikut ibu,
     Sudah besar mengadu untung.


Lihat selanjutnya...(143)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
greenhouse gasgas rumah tanamanKejuruteraanTiadaWap atau gas atmosfera yang menyerap tenaga infra-merah yang dipancarkan daripada bumi menyebabkan kesan rumah tanaman contohnya, karbon dioksida, wap air, metana dan klorofluorokarbon.
redwoodpokok kayu merahKesenianHiasan DalamanKayu lembut dalam famili pain yang digunakan untuk panel dan perabot luar rumah. Kayu ini sangat kukuh dan tahan lama. Pokok kayu merah terdapat di Amerika, khususnya di utara California.
household talecerita nenekKesusasteraanTiadaCerita dewa-dewi yang disampaikan secara tradisi lisan oleh ahli keluarga sebagai hiburan di rumah. Cerita nenek biasanya mempunyai unsur pengajaran dan nilai moral yang disampaikan oleh ibu atau bapa kepada anak-anaknya. Cerita nenek dikemukakan oleh Jakob Ludwing Carl dan abangnya Wilhelm carl, iaitu Hansem and Gretelm The Frog Prince, Grimm�s Fairy Tales dan Snow White and the Seven Dwarfs. Contoh tempatan yang popular ialah �Batu Belah batu Bertangkup� dan �Bawang Putih, Bawang Merah�.

Kembali ke atas