Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) rumah kediaman orang Iban, Bidayuh dsb di Borneo; b) rumah pelacuran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rumah yg panjang yg didiami oleh beberapa banyak keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang,
     Hendak bersafar ke Tanjung Keling;
Kalau semua orang berambut panjang,
     Apatah hal nasib si tukang gunting?


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wawaMuzikTiada

Muzik vokal berbentuk cerita yang dinyanyikan secara solo dan korus oleh wanita kaum Kajang di Sarawak. Lirik lagu wa merangkumi genealogi keluarga dan ucapan selamat datang ke rumah panjang. Lagu wa yang dinyanyikan semasa penamatan sesuatu majlis dikenali sebagai lagu parap.

kuikuiMuzikTiada

 Muzik vokal kaum Kenyah-Badang di Sarawak yang dipersembahkan sebelum proses menyemai benih padi. Kui dinyanyikan oleh penyanyi solo lelaki dan korus. Persembahan ini melibatkan semua penduduk rumah panjang yang menjalankan aktiviti penanaman padi. Dalam lagu ini, penyanyi memberi hormat kepada dewa padi dan memohon hasil tanaman yang baik. Sinonim kue.

pitparitArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiRuang yang terdapat di tapak arkeologi, digunakan untuk menyimpan barang-barang purba, bahan buangan, tembikar dan bahan-bahan struktur bangunan. Terdapat sesetengah lubang digunakan untuk menyokong sesebuah rumah atau dikenali juga dengan nama lubang tiang. Ukuran kedalaman lubang berbeza mengikut tempat berdasarkan kepada fungsi, peranan dan kepentingannya. Contohnya, lubang tiang rumah di Pulau Kalumpang (Malaysia) bercirikan rumah atas air manakala di Khok Phanom (Thailand) bercirikan rumah panjang. Sinonim lubang.
adaptationadaptasiKesenianSeni BinaPenyesuaian kepada perubahan persekitaran ketika proses mereka bentuk sesebuah bangunan. Contohnya, bangunan Mesiniaga rekaan Dr. Ken Yeng telah diadaptasikan secara langsung daripada persekitaran iklim Malaysia. Contoh lain ialah pembinaan bumbung bangunan Parlimen yang mengadaptasikan reka bentuk bumbung panjang rumah Melayu tradisional di Melaka dengan daya inovasi yang melibatkan teknologi konkrit bertetulang untuk menonjolkan struktur kekuda bumbungnya di bahagian luar.
end financingpembiayaan akhirSosiologiTiadaSatu bentuk pinjaman jangka panjang kepada bakal pembeli rumah.
end financingpembiayaan akhirPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu bentuk pinjaman jangka panjang kepada bakal pembeli rumah.
beam slotalur alangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahan yang digunakan dalam pembinaan struktur rumah. Alur alang digunakan sebagai asas untuk memperkuat, mengurangkan beban berat dan menyeimbangkan rangka rumah pada bahagian lantai dan atap semasa pembinaan. Alur alang terbahagi kepada dua, iaitu alur panjang dan alur pendek. Masing-masing berfungsi untuk memperkuat bahagian asas atap dan memperkuat rangka rumah pada bahagian lantai. Alur alang diperkukuh dengan memasukkannya pada lubang yang dikenali dengan alur atau pasak. Sinonim alur rasuk.
bai‘ bithaman ajil (BBA)bai‘ bithaman ajil (BBA)Perniagaan IslamTiadaAkad jual beli aset dengan pembayaran dibuat secara tertangguh atau ansuran serta harga jualan ditentukan dalam tempoh yang telah dipersetujui. Jual beli ini biasanya bagi urus niaga jualan kredit jangka panjang seperti rumah dan tanah. Jual beli diakadkan setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan tempoh bayaran balik dan harga. Bai‘ ini juga dikenali sebagai bai‘ muajjal atau bai‘ ajal. Lihat juga thaman.
durable goodsbarang tahan lamaEkonomiTiadaBarang modal ataupun barang penggunaan yang mempunyai jangka hayat yang panjang. Misalnya, mesin, bangunan kilang, perabot, kenderaan, dan peralatan rumah.
book-lousekutu bukuBiologiEntomologiSerangga berbadan lembut, bersesungut panjang bak benang, dan bersayap kecil. Serangga ini memakan pelekat buku lama yang telah kering, tetapi genus-genus lain yang serupa dengan kutu ini ditemukan di luar rumah dan memakan daun dan sebagainya.
12

Kembali ke atas