Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = huruf ~ abjad dlm bahasa Melayu dan bahasa moden yg lain yg bermula dgn A dan berakhir dgn Z, yg berasal dr kerajaan Rom Kuno, huruf Rumawi, huruf Roman, huruf Latin; merumikan menyalin (menulis) ke dlm tu­lisan Rumi; perumian perihal merumikan (tulisan): ~ dan pencetakan semula buku ini ialah satu langkah yg patut dipuji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = huruf ~ huruf atau abjad dlm bahasa Melayu dan bahasa moden lain yg bermula dgn A, a dan berakhir dgn Z, z, yg berasal dr kerajaan Rom Kuno; huruf Rumawi; huruf Roman; huruf Latin. merumikan menulis (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : atau menyalin dlm tulisan Rumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rumi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Merujuk kepada soalan saya yang lalu mengenai kaedah transliterasi Arab-Rumi, bagaimana pula ejaan rumi bagi kalimah bahasa Arab yang dimulai dengan alif lam syamsiah, al-Azhar al-Syarif ataupun al-Azhar asy-Syarif?Ejaan rumi yang betul ialah "al-Azhar al-Syarif"Tatabahasa03.02.2023
Adakah DPB menerbitkan buku Panduan Ejaan Rumi edisi terbaru ?

Buku  Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi baharu belum diterbitkan. Buku yang sedia ada ialah Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu terbitan tahun 2004.

Sekiranya puan ingin merujuk ejaan rumi yang betul, kami cadangkan supaya puan menggunakan juga buku 'Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi)' terbitan tahu 2008. Buku ini boleh didapati di pasaran.

Terima kasih.

 
.
Lain-lain18.01.2010
sejarah perkembangan tulisan rumi dari awal hingga kini dan perubahan-perubahan yang berlaku.Sejarah perkembangan tulisan Jawi termasuklah peristiwa perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967, Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan pengunaannya pada 16 Ogos 1972 dan seterusnya boleh diperoleh melalui pembacaan/kajian buku seperti Pedoman Ejaan Bahasa Malaysia, DBP; Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, DBP; Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, DBP. Sila rujuk buku-buku berkenaan atau makalah yang berkaitan.Lain-lain18.08.2009
Menterjemah daripada jawi kepada rumi; atau menterjemah daripada jawi ke rumi. Apakah yang lebih tepat? Penggunaan ke atau kepada?

Ayat yang betul ialah "mentransliterasikan tulisan Jawi kepada Rumi."

Tatabahasa23.10.2023
Apakah kekuatan dan kelemahan Sistem Ejaan Rumi Baru 1972

Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan.

Lain-lain14.08.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya, adakah di bahagian Daftar Rumi-Jawi (Beta) menggunakan ejaan Jawi baharu lagi daripada kamus daftar kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) edisi kedua kerana ada sesetengah ejaan sesuatu perkataan tidak sama. Sila rujuk lampiran yang dilampirkan. Sekian, terima kasihDaftar Rumi-Jawi (Beta) ialah salinan lembut buku Daftara Kata Bahasa Melayu (Rumi - Sebutan - Jawi) Edisi Kedua untuk paparan PRPM. Sepatutnya ejaan dalam kedua-dua bentuk salinan adalah sama, namun mungkin berlaku kesilapan sewaktu pemindahan data daripada buku kepada maya. Lain-lain26.08.2015
salam. saya hendak tahu ada tak pihak dbp mengeluarkan kamus rumi-jawi yang terbaru? sebab tulisan jawi ini sentiasa berubah... di mana saya boleh dapatkan kamus rumi-jawi ini?Tuan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi untuk menyemak ejaan Jawi.Lain-lain25.05.2015
ejaan "haji" dari daftar-kata rmi-jawiUntuk makluman tuan, memang terdapat sedikit perbezaan antara data dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi Sebutan-Jawi dengan Daftar Rumi-Jawi (Beta) dalam paparan PRPM. Daftar Rumi-Jawi dibangunkan dalam bentuk sistem Beta untuk membantu pengguna menyemak penggunaan ejaan Jawi secara dalam talian, khususnya yang tiada buku rujukan. Namun begitu sistem ini ada kelemahannya kerana  dalam proses pemindahan data berlaku beberapa kesalahan. Oleh itu, rujukan yang sahih ialah buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. Perkara ini akan diperbaiki bagi memberikan perkhidmatan bermutu kepada pengguna. Lain-lain26.09.2016
translat rumi ke jawi

KHIDMAT TERJEMAHAN DAN PENERBITAN BUKU

Dimaklumkan bahawa, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menjalankan khidmat penterjemahan  atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya.

2.   Sila hubungi: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui:

Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Wisma ITBM, 2, Jalan 2/27e,
Seksyen 10 Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: 03 4145 1800 / E-mel:info@itbm.com.my

Penterjemahan: salesonline@itbm.com.my / Telefon: 03 4145 1942


3. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak puan berminat untuk menerbitkan buku umum di Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah melalui proses kerja seperti yang berikut:

a.Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan,
Aras 10, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun)

 Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan24.12.2022
Dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan 1998 – 1999 perkataan parti dieja pa-alif-ra-ta-ya (ada alif). Dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2008) perkataan parti dieja pa-ra-ta-ya (alif dipecat). 1. Ejaan manakah yang betul? 2. Apakah dasar perubahan itu? Terima kasih.Seperti dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi ejaan suku kata tertutup ke atas tidak dilambangkan dengan huruf alif dalam suku kata tersebut seperti yang ada dalam ejaan parti. Huruf alif dalam suku kata tertutup ke atas lazimnya digunakan bagi membezakan dua perkataan yang berlainan. Contohnya dan (sempat) dieja dal nun, manakala dan (kata sendi nama) dieja dal alif nun.Ejaan14.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas