Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = huruf ~ abjad dlm bahasa Melayu dan bahasa moden yg lain yg bermula dgn A dan berakhir dgn Z, yg berasal dr kerajaan Rom Kuno, huruf Rumawi, huruf Roman, huruf Latin; merumikan menyalin (menulis) ke dlm tu­lisan Rumi; perumian perihal merumikan (tulisan): ~ dan pencetakan semula buku ini ialah satu langkah yg patut dipuji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = huruf ~ huruf atau abjad dlm bahasa Melayu dan bahasa moden lain yg bermula dgn A, a dan berakhir dgn Z, z, yg berasal dr kerajaan Rom Kuno; huruf Rumawi; huruf Roman; huruf Latin. merumikan menulis (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : atau menyalin dlm tulisan Rumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rumi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EJAAN RUMI ZA'BA

EJAAN RUMI ZA’BA, sistem ejaan Rumi yang disusun untuk bahasa Melayu oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dan telah dimuatkan dalam buku Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang diterbitkan pada tahun 1949. Sistem ejaan ini juga telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam buku Pelita Bahasa Melayu oleh penyusun yang sama. Nama asal bagi sistem ejaan ini ialah “Petua-Petua Ejaan Rumi” dan sempena nama penyusunnya, sistem ini dikenal dengan nama Sistem Ejaan Rumi Za’ba.

BAHASABahasa
EJAAN RUMI WILKINSON

EJAAN RUMI WILKINSON, sistem ejaan Rumi yang pertama bagi bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem  ejaan ini hasil daripada usaha yang dilakukan  oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang membentuk sebuah Jawatankuasa  Ejaan Rumi, diketuai oleh R.J. Wilkinson, pada tahun 1904. Sistem ejaan tersebut kemudiannya diberi nama Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Sistem tersebut digunakan dalam A Malay English Dictionary (Romanised) yang disusun oleh R.J. Wilkinson, kemudian menjadi dasar kepada Sistem Ejaan Rumi Za’ba atau Sistem Ejaan Sekolah.

BAHASABahasa
EJAAN RUMI FAJAR ASIA

EJAAN RUMI FAJAR ASIA, sistem ejaan yang digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang menggunakan sistem ejaan ini terbit pada awal tahun 1940-an, semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura.

BAHASABahasa
EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA

EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA, sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.

BAHASABahasa
EJAAN DAN TULISAN RUMI

EJAAN DAN TULSIAN RUMI, sistem ejaan dan tulisan bahasa Melayu yang berasal daripada huruf Latin (Roman) dan mempunyai sejarah lebih daripada 450 tahun. Huruf  Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1521. Bermula pada abad ke-16 itu, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Roman oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Penggunaan huruf Roman untuk menulis kata-kata Melayu ini dapat dilihat dalam catatan dan tulisan yang dihasilkan dalam tempoh hingga akhir abad ke-17.

BAHASABahasa
DAFTAR EJAAN MELAYU JAWI-RUMI

DAFTAR EJAAN MELAYU JAWI-RUMI, sebuah buku yang mengandungi huraian terperinci tentang tulisan Jawi dan Rumi, petua-petua ejaan Jawi, senarai kata Melayu, dan petua ejaan Rumi. Buku ini diusahakan (dipungut, dikumpulkan, disusun dan diatur) oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Buku ini pertama kali dicetak pada tahun 1949 di Gudang Cap Printers Limited, Singapura, dan tergolong dalam siri ‘The Malay School Series No. 31’.

 

BAHASAKarya
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI

DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi.

            Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian.

 

BAHASAKarya
DAFTAR EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA

DAFTAR EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA, buku daftar ejaan perkataan umum bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1981 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan edisi kedua terbit pada tahun 1988. Daftar ejaan ini disusun berdasarkan ejaan Rumi baharu yang diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Buku ini bertujuan untuk digunakan sebagai rujukan pantas bagi membantu pengguna bahasa Melayu mengeja atau menulis kata dengan ejaan yang betul.

 

BAHASAKarya
ADI RUMI

ADI RUMI (1941-      ), penulis Negara Brunei Darussalam. Dia lahir di

Kampung Setia Pahlawan Lama, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji

Awang Abdul Aziz bin Juned.

SASTERAKonsep
EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA

EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang ketiga menggunakan tulisan Latin atau Rumi bagi bahasa Indonesia selepas Sistem Ejaan Rumi van Ophuijsen dan Sistem Soewandi. Sistem ejaan tersebut dirancang oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Dr. Prijono dan E. Katoppo. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan No. 44876/s bertarikh 19 Julai 1958, yang ditandatangani oleh Moehammad Yamin, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan pada waktu itu.

BAHASABahasa
12345

Kembali ke atas