Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mit] | روميت

Definisi : Mn tidak mudah, sukar, sulit, susah: kami menghadapi persoalan beras yg ~; kalau jadi begitu, ~ pula hidup mereka anak-beranak kerana tiada pekerjaan; dlm ~ sedang hamil; merumitkan menyukarkan, menyulitkan, me­­nyusahkan: kalau dirinya sakit, keadaan lebih ~ lagi, dia tidak dapat pergi ke laut; perkara cadangan di luar negeri itu akan ~ per­­jalanan Bank Negara; kerumitan perihal rumit, kesukaran, ke­sulitan, kesusahan: ~ yg besar kpd pekedai ialah memungut hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mit] | روميت

Definisi : tidak mudah; susah; sukar; sulit: Mereka tidak dpt menyelesaikan masalah yg ~ itu. merumitkan menjadikan rumit; menyusahkan; menyukarkan. kerumitan keadaan atau hal rumit; kesukaran; kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumit (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, payah, sulit, kompleks, rencam, leceh, ruwat, remeh, runyam;,
Kata Terbitan : merumitkan, kerumitan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENIS DIRAJA

Tenis diraja, juga dikenali sebagai tenis sebenar

ialah bentuk tenis purba yang rumit. Ia pertama kali

dimainkan oleh raja-raja Perancis kira-kira 600 tahun

yang lalu. Pemain bermain di gelanggang tidak

semukur yang berbumbung curam atau emper,

bersangga, dilengkapi dedans (ruang berjaring untuk

penonton) dan grille (ruang gelanggang). Suatu jaring

direntang di tengah-tengah gelanggang. Di lantai

terdapat pelbagai garisan dengan nama-nama

tertentu seperti chase a yard worse than last gallery

dan hazard chase the door.

UMUM 
PUTERI KAWAT

Puteri kawat juga dikenali sebagai majorette,

bertanding dalam pasukan antara satu sama lain

secara latihan dan dalam pelbagai taktik yang

rumit. Pasukan puteri kawat kadangkala berarak

dalam pesta dan upacara keraian seperti tatu

tentera dan pesta keramaian. Pasukan-pasukan ini

bertanding pada peringkat kebangsaan dan

peringkat antarabangsa. Terdapat kejohanan khas

untuk remaja berumur 13 tahun dan kategori

bawah 12 tahun.

UMUM 
ARIOSTO, LUDOVICO

Ariosto, Ludovico (1474–1533) ialah penyair

pada Zaman Renaissance Itali. Karya agungnya,

Orlando Furioso (1516, 1532) ialah sebuah sajak

berbentuk cerita yang panjang. Plotnya yang rumit

menceritakan pahlawan-pahlawan yang

mengembara ke seluruh dunia mencari cabaran,

mempertahankan kepercayaan agama mereka, dan

membantu mereka yang tidak berdaya.

UMUM 
DEKLENSI

Deklensi ialah penyenaraian bentuk kasus yang

berbeza bagi kata nama atau kata ganti. Sesetengah

bahasa, seperti bahasa Latin, bahasa Yunani dan

bahasa Rusia, mempunyai sistem kasus yang rumit.

Ia mempunyai banyak bentuk yang berbeza bagi

setiap kata nama dan kata ganti, yang berubah-ubah

mengikut cara perkataan digunakan dalam

pembinaan ayat.

UMUM 
MUZIK POPULAR

Muzik popular ialah muzik yang mendapat

tempat di hati orang ramai iaitu muzik yang

dinikmati oleh sebilangan besar penduduk. Istilah

ini sering digunakan untuk membezakannya

daripada muzik klasik. Muzik klasik adalah satu

bentuk seni yang dipelajari, dan ciptaan yang

agak rumit dipersembahkan oleh pemain

instrumental solo, kuartet bertali, orkestra

simfoni, dan sebagainya. Sesetengah orang

merasakan bahawa muzik popular mudah dan

menghiburkan sementara muzik klasik pula

serius, begitu halus, atau sukar dinikmati. Walau

bagaimanapun lagu popular seperti “Eleanor

Rigby” oleh John Lennon dan Paul McCartney,

adalah serius dan agak rumit, dan banyak karya

klasik seperti Eine Kleine Nachtmusik karya

Mozart, simfoni-simfoni Tchaikovsky, atau Bolero

karya Ravel dikenali dan digemari oleh berjuta-juta

pendengar. Malah sesetengah muzik klasik

seperti beberapa karya piano Chopin telah

diadaptasikan sebagai lagu popular.

UMUM 
NABOKOV, VLADIMIR

Nabokov, Vladimir (1899–1977) ialah penulis

Rusia. Novel-novelnya terkenal kerana plotnya yang

sukar dan watak kompleks yang dipupuk terhadap

subjek-subjeknya. Para pengkritik memuji novel-

novel Nabokov kerana jenaka pintarnya,

penggunaan perkataan yang rumit dan kaya dengan

gaya bahasa.

UMUM 
KOMPUTER

Komputer ialah mesin yang dapat melakukan

pengiraan dan memproses maklumat dengan

kadar kelajuan yang mengagumkan dan tepat.

Komputer dapat mengendalikan maklumat yang

banyak dan menyelesaikan masalah yang rumit.

Komputer dapat memproses beribu-ribu data dan

menjadikannya maklumat yang berguna dengan

cepat dan hampir tepat. Komputer yang paling

berkuasa dapat melakukan berbilion pengiraan

sesaat.

UMUM 
TANGAN

Tangan ialah bahagian hujung anggota depan , atau

lengan. Tangan digunakan untuk memegang objek.

Tangan sebenar mempunyai ibu jari boleh

bersetentang , atau ibu jari yang boleh digerakkan

pada jari-jari lain. Tindakan ini membolehkan tangan

menggenggam benda dan melakukan banyak

pergerakan yang rumit. Kemajuan manusia mungkin

tergalang tanpa penggunaan ibu jari boleh

bersetentang. Untuk membantu memahami kerja

yang dilakukan oleh ibu jari, cuba angkat pen tanpa

menggerakkan ibu jari anda.

UMUM 
PERUT

Perut ialah bahagian yang membesar dalam salur

alimentari. Ia terletak di antara esofagus dengan

usus kecil (lihat Esofagus; Usus ). Pada manusia dan

kebanyakan haiwan, ia adalah organ ringkas bak

pundi. Pada lembu, biri-biri, dan lain-lain ruminan

(haiwan yang mengunyah mamahannya), perut

mempunyai empat petak dan lebih rumit daripada

perut manusia (lihat Ruminan ).

UMUM 
SAINS

Sains meliputi bidang ilmu pengetahuan yang luas

yang menangani fakta cerapan dan hubungan

antara fakta tersebut. Perkataan sains berasal

daripada perkataan Latin scientia yang bererti

pengetahuan. Ahli sains mengkaji berbagai-bagai

jenis perkara. Contohnya, sesetengah ahli sains

mencari bukti tentang asal usul alam semesta.

Penyelidik yang lain mengkaji struktur molekul di

dalam sel tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang

hidup. Penyelidik atau ahli sains yang lain mengkaji

tentang mengapa kita bertingkah laku sedemikian,

atau cuba pula menyelesaikan masalah matematik

yang rumit. Namun, dalam apa pun bidang kajian

mereka, semua ahli sains mengkaji bagaimana cara

dunia berfungsi.

UMUM 
12

Kembali ke atas