Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rumpun (kata nama)
Bersinonim dengan perindukan, famili, kumpulan, kelompok.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah bahasa melayu dengan bahasa indonesia mempunyai assal usul yang sama?Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia termasuk dalam kumpulan bahasa Nusantara. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain08.10.2012
Jenis bahasa yang diguna pakai masyarakat melayuJenis bahasa yang diguna pakai ialah rumpun bahasa Austronesia yang terdiri daripada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa Nusantara, kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 3-5.   Lain-lain30.04.2008
Indonesia termasuk dalam kepulauan melayu Yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan namun sekarang Indonesia menekankan bahawa negara Indonesia menggunakan bahasa indonesia.adakah bahasa melayu dan bahasa Indonesia berasal dari salah silah yang sama dan sekiranya bahasa Indonesia dari Salah silah bahasa melayu, mengapa Indonesia tidak mengiktirah bahasa melayu di Indonesia

Bahasa Melayu dan  bahasa Melayu Indonesia  dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara.

Walau bagaimanapun, persoalan berkaitan dengan Indonesia tidak mengiktiraf bahasa Melayu di Indonesia bukanlah persoalan tentang bahasa dan pihak kami tidak dapat memberikan maklum balas berkaitan dengan perkara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Apakah asal usul bahasa melayu?

Terdapat beberapa teori yang mengatakan bahawa bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain29.08.2023
apakah sejarah bahasa melayu?Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain14.12.2007
Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);Lain-lain04.09.2010
Apakah bahasa melayu standard di Malaysia persis dengan bahasa standard di Indonesia serta Brunei? Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia itu sama atau berlaianan? Jika sama, apakah istilah rasmi yang merujuk kepada bahasa ini, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, atau Bahasa Melayu-Indonesia? Harap mendapat penjelasan menyeluruh daripada DBP. Terima kasih.

Bahasa Melayu, bahasa Melayu Indonesia dan bahasa Melayu Brunei dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun  bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara. Bahasa Melayu, bahasa Melayu Indonesia dan bahasa Melayu Brunei termasuk dalam kumpulan bahasa Nusantara. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 1-27.

Penyelidikan26.02.2017
apa perbezaan bahasa Sanskrit dan bahasa melayu

Bahasa Sanskrit ialah bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan yang digunakan dengan meluas. Dalam Kamus Dewan Perdana, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang direkodkan sebagai bahasa tertua dalam keluarga Indo-Eropah, digunakan dalam agama, falsafah dan kesusateraan Hindu di India, dituturkan pada sekitar 1500 – 600 Sebelum Masihi.

Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu yang tergolong dalam cabang Nusantara daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Saya Masimoh sedang belajar bahasa Malayu dasar,ingin tertanya . Bahasa Melayu berasal dari mana.Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain24.10.2013
Saya nama Mahmud sedang belajar bahasa melayu dasar,di Akademi Bahasa Antarabangsa ingin bertanya,Bahasa melayu asal dari manaBahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain24.10.2013
123

Kembali ke atas