Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.put] | رومڤوت

Definisi : 1. sj tumbuhan yg melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dsb): ~ benggala; ~ gerinting; ~ pahit; 2. sj tumbuhan yg kecil-kecil; ~ kejut-kejut (kemaluan) semalu; ~ rampai berbagai-bagai jenis rumput, banyak jenis rumput; ~ mencari kuda prb perempuan yg mencari laki-laki; bicarakan ~ di halaman orang, di halaman sendiri ~ sampai ke kaki tangga prb kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar; embun di hujung ~ prb sesuatu yg mudah hilang atau tidak tetap; ibarat ~ yg sudah kering, ditimpa hujan segar kembali prb perihal orang yg sengsara yg dgn tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga hidupnya terasa sangat berbahagia; terhenti-henti bagai ~ di tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu prb perihal kehidupan yg melarat; rumput-rumputan, rerumputan ber­bagai-bagai jenis rumput: mereka segera berbaris ke tengah ladang yg telah bersih drpd ~ sambil memikul galah; pemuda itu masih terbaring di atas rerumputan spt tadi sementara matanya masih basah; merumput 1. memotong rumput, menyabit rumput; 2. sedang makan rumput (lembu dll); 3. = merumputi menyiangi kerana mem­bersihkan tanah, membuang rumput; 4. = merumputi menaruh tanah yg berumput (tanah bata) di; perumputan, rumputan tanah yg ada rumput, tanah yg ditumbuhi rumput, padang rumput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.put] | رومڤوت

Definisi : 1 jenis tumbuh-tumbuhan yg rupanya spt lalang kecil: ~ benggala; ~ gerinting. 2 tumbuh-tumbuhan yg kecil: ~-rampai bermacam-macam jenis rumput. merumput 1 memotong rumput; menyabit rumput. 2 sedang memakan rumput (bkn lembu dll). 3 mencabut atau membuang rumput. perumputan kawasan yg ditumbuhi rumput; padang rumput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumput (kata nama)
Bersinonim dengan lalang, sere, dukut, jukut;,
Kata Terbitan : merumput,

Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Jikalau kasihkan padi,
     buanglah rumput.

Bermaksud :

Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. (Bandingkan dengan: a. Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput, b. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
seedvi produce seed, mengeluarkan biji: all the grasses are beginning to ~, rumput-rumput itu sudah mula mengeluarkan biji;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swayb. (of tree, vehicle, building, etc) bergoyang(-goyang): the tall grass ~ed as the gentle breeze stirred it, rumput-rumput yg panjang itu bergoyang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa; the train increased its speed and the carriages started to ~, kereta api itu bertambah laju dan gerabak-gerabak mula bergoyang-goyang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grassn 1. various green plants with bladelike leaves, rumput: a blade of ~, sehelai rumput; 2. any species of this, rumput: he experimented with different types of ~es, dia menjalankan uji kaji thdp berbagai-bagai jenis rumput; 3. lawn, rumput: you’re not supposed to walk on the ~, kamu tdk boleh berjalan di atas rumput; 4. pasture, padang ragut; 5. (sl) marijuana, marijuana: to smoke ~, menghisap marijuana; 6. (UK), (sl) informer, tali barut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pasture2. grass for feeding cattle, rumput /ternak, pastura/: the ~ around here is of poor quality, rumput ternak di sekitar kawasan ini kurang bermutu; put out to ~, a. membawa [ternakan] ke /padang rumput ternak, pastura/: the animals have ready been put out to ~, ternakan telah pun dibawa ke padang rumput ternak; b. (fig.), (colloq) make to retire, membersarakan: he’s afraid that he’s been put out to ~ , dia khuatir dia dibersarakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lawn 1 n halaman (rumput): the houses in that street have beautiful ~s, rumah-rumah di lorong itu mempunyai halaman rumput yg cantik; mow the ~, memotong rumput di halaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lawn 1 n halaman (rumput): the houses in that street have beautiful ~s, rumah-rumah di lorong itu mempunyai halaman rumput yg cantik; mow the ~, memotong rumput di halaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grasslandn padang rumput: tropical ~, padang rumput tropika.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pasturevt 1. cause livestock to graze, membawa [n] meragut rumput: the sheep were ~d in the hills near the village, biri-biri itu dibawa meragut rumput di atas bukit berdekatan dgn kampung itu; 2. supply food for cattle, etc, boleh menjadi /padang rumput ternak, pastura/: land that could ~ many cattle, tanah yg boleh menjadi padang rumput ternak bagi banyak lembu ternakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pasturevi meragut rumput: the cattle were pasturing on the river flats, lembu-lembu ternakan meragut rumput di pamah sungai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
meadown grassland, padang rumput: cattle grazing in the ~s, lembu-lembu yg meragut di padang rumput.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas