Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.put] | رومڤوت

Definisi : 1. sj tumbuhan yg melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dsb): ~ benggala; ~ gerinting; ~ pahit; 2. sj tumbuhan yg kecil-kecil; ~ kejut-kejut (kemaluan) semalu; ~ rampai berbagai-bagai jenis rumput, banyak jenis rumput; ~ mencari kuda prb perempuan yg mencari laki-laki; bicarakan ~ di halaman orang, di halaman sendiri ~ sampai ke kaki tangga prb kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar; embun di hujung ~ prb sesuatu yg mudah hilang atau tidak tetap; ibarat ~ yg sudah kering, ditimpa hujan segar kembali prb perihal orang yg sengsara yg dgn tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga hidupnya terasa sangat berbahagia; terhenti-henti bagai ~ di tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu prb perihal kehidupan yg melarat; rumput-rumputan, rerumputan ber­bagai-bagai jenis rumput: mereka segera berbaris ke tengah ladang yg telah bersih drpd ~ sambil memikul galah; pemuda itu masih terbaring di atas rerumputan spt tadi sementara matanya masih basah; merumput 1. memotong rumput, menyabit rumput; 2. sedang makan rumput (lembu dll); 3. = merumputi menyiangi kerana mem­bersihkan tanah, membuang rumput; 4. = merumputi menaruh tanah yg berumput (tanah bata) di; perumputan, rumputan tanah yg ada rumput, tanah yg ditumbuhi rumput, padang rumput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.put] | رومڤوت

Definisi : 1 jenis tumbuh-tumbuhan yg rupanya spt lalang kecil: ~ benggala; ~ gerinting. 2 tumbuh-tumbuhan yg kecil: ~-rampai bermacam-macam jenis rumput. merumput 1 memotong rumput; menyabit rumput. 2 sedang memakan rumput (bkn lembu dll). 3 mencabut atau membuang rumput. perumputan kawasan yg ditumbuhi rumput; padang rumput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumput (kata nama)
Bersinonim dengan lalang, sere, dukut, jukut;,
Kata Terbitan : merumput,

Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Jikalau kasihkan padi,
     buanglah rumput.

Bermaksud :

Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. (Bandingkan dengan: a. Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput, b. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
evergladerawang malarGeografiTiadaKawasan rawa yang mengandungi rumput-rumput panjang dan beberapa pokok dan mengalami banjir musiman.
evergladerawang malarGeologiTiadaKawasan rawa yang mengandungi rumput-rumput panjang dan beberapa pokok dan mengalami banjir musiman.
vegetative barrierpenghalang vegetatifPertanianAgroteknologiKawasan yang ditanam dengan pokok-pokok termasuk pokok renek atau rumput-rumput tinggi, bertujuan untuk mengurangkan tempiasan daripada semburan racun kimia ke kawasan tanaman. Kawasan ini akan menapis semburan racun yang melalui pokok-pokok atau rumput tersebut. Walau bagaimanapun, kawasan penghalang vegetatif ini tidak boleh dijadikan sebagai pengganti amalan pertanian baik (GAP). Hal ini bermakna, sekiranya cuaca terlalu berangin misalnya, maka semburan racun tidak digalakkan walaupun ada penghalang vegetatif.
improved grassrumput terpilihVeterinarTiadaRumput yang ditanam dalam pastura dan digunakan sebagai makanan ternakan ruminan. Rumput tersebut digunakan untuk ragutan atau dipotong dan diberi makan kepada ternakan dalam bentuk segar atau diproses untuk dijadikan rumput kering atau silaj. Rumput terpilih yang biasa ditanam ialah rumput kuda (Panicum maximum), rumput gajah (Pennisetum purpureum), rumput mardi digit (Digitaria setivalva) dan rumput humidikola (Brachiaria humidicola). Rumput ini mempunyai nilai pemakanan yang sederhana tinggi dengan kandungan tenaga sebanyak 7-9 MJ/kg dan kandungan protein kasarnya sebanyak 8-11% bergantung kepada umur pertumbuhannya. Hasil potongan rumput jenis ini agak tinggi iaitu 15-20 tan/hektar bahan kering setahun.
natural grassrumput asliVeterinarTiadaRumput yang tumbuh secara semula jadi, sama ada di kebun, ladang, pinggir jalan atau berhampiran ban tali air. Jenis rumput yang biasa tumbuh ialah rumput kerbau (Paspalum conjugatum), rumput parit (Axonopus compressus) dan rumput rawa (Ottochloa nodosa). Ketiga-tiga jenis rumput ini sesuai dijadikan makanan ternakan ruminan. Selain itu, terdapat rumput lain yang kurang digemari seperti rumput tiga segi (Cyperus compressus), rumput sambau (Eleusine indica) dan lalang (Imperata cylindrica). Nilai pemakanan rumput asli lebih rendah berbanding dengan rumput pastura terpilih. Kandungan tenaganya pula ialah 6-8 MJ/kg dan protein kasar 7-10%. Hasil bahan kering rumput asli berbeza-beza mengikut jenis dan kawasan pertumbuhannya iaitu di antara 5-10 tan/hektar. Rumput yang tidak digemari oleh ternakan selalunya mempunyai ciri-ciri seperti berduri, berbulu, terlalu keras atau mempunyai bau yang kurang enak.
napier grassrumput gajahVeterinarTiadaRumput yang ditanam dengan menggunakan keratan batang yang telah tua. Rumput ini mempunyai ciri-ciri pertumbuhan cergas, memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen, hasil bahan keringnya tinggi tetapi berkurangan pada musim kemarau. Rumput ini merupakan rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setinggi 2-5 meter. Namun, terdapat juga rumput jenis renek yang tingginya 1-1.5 meter. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan anak. Daunnya pula agak lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah peroi paling sesuai untuk tanaman rumput gajah. Ternakan lebih gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lebih lembut. Rumput gajah dipotong pada setiap 4-6 minggu dan hasil bahan keringnya ialah 20-30 tan/hektar setahun. Manakala, kandungan protein kasarnya pula sebanyak 10%. Nama saintifik: Pennisetum purpureum.
rotary mowermesin rumput putarLandskapTiadaPemotong rumput berenjin yang mempunyai dua bilah pemotong pad a sekeping besi yang berputar secara mendatar. Pemotong rumput ini sesuai untuk memotong rumput yang tebal seperti rumput tepi jalan.
Bermuda grass (Cynodon dactylon)rumput minyak/rumput Bermuda (Cynodon dactylon)VeterinarTiadaTiada
Bermuda grass (Cynodon dactylon)rumput minyak/rumput Bermuda (Cynodon dactylon)PertanianTiadaTiada
Ageratum conyzoidesNaga BuanaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Asteraceae ini juga dikenali sebagai rumput tahi ayam, rumput pereh jarang dan rumput sekedok. Tumbuhan ini jenis herba berbulu. Daunnya tersusun bertentangan di bahagian pangkal pokok dan berselang di bahagian atas. Daunnya jenis ringkas, berbentuk ovat, tepi daun bergerigi tumpul. Bunganya berwarna ungu hingga putih dan berbau busuk apabila dipegang. Tumbuhan ini mengandungi minyak pati, koumarin, ageratokromin, friedalin, ß-sitosterol, stigmastirol dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar sebagai rumpai di merata tempat. Air rebusan akar diminum untuk merawat demam. Daun yang telah dilumatkan dibuat tampalan untuk merawat luka, penyakit kulit dan bisul. Jus daun dan batang digunakan secara luaran untuk mengubati sakit telinga. Air rebusan daun diminum untuk menghentikan pendarahan dalam rahim dan cirit-birit.
12345678910...

Kembali ke atas