Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mu.san] | روموسن

Definisi : pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dll) yg dinyatakan secara ringkas dan tepat: tegasnya bolehlah kita membuat ~ spt ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mu.san] | روموسن

Definisi : 1 ringkasan drpd apa-apa yg telah dibicarakan; kesimpulan; inti keseluruhannya: Mereka membuat beberapa ~ dlm pertemuan itu. 2 ringkasan perkataan atau kumpulan perkataan (spt DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka); kependekan; huruf potong. 3 ringkasan hukum atau formula dlm matematik, ilmu kimia dll yg dilambangkan oleh huruf, angka dll: ~ kimia utk air ialah H20. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumus
Kata Terbitan : rumusan, merumuskan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
formulated feedmakanan rumusanPerikananAkuakulturMakanan yang dihasilkan mengikut resipi dan campuran bahan tertentu bentuk pelet. Makanan rumusan terdapat dalam bentuk yang berbiji-biji, serbuk atau kepingan. Terdapat dua jenis makanan rumusan, iaitu terapung dan tenggelam, bergantung kepada formulasi dan kaedah pemprosesan.
premix formulationrumusan pracampurVeterinarTiadaRumusan yang mengandungi bahan-bahan makanan tambahan yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Contohnya, campuran vitamin dan mineral. Bahan-bahan ini akan dicampur sekali gus supaya penternak mudah menggaulkannya dengan bahan makanan utama yang lain seperti jagung, mil kacang soya dan sebagainya. Rumusan ini disediakan mengikut keperluan sesuatu jenis dan tahap pertumbuhan sesuatu ternakan.
challenge-responsecabar-sahutTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerMekanisme penyahihan pengguna yang tidak berdasarkan kata laluan tetapi berdasarkan rumusan. Setiap pengguna akan diberikan satu rumusan matematik unik yang memerlukan sebilangan pemboleh ubah yang belum lagi ditetapkan. Rumus yang sama akan disimpan oleh sistem untuk mengesahkan pengguna. Semasa proses pengesahan dilakukan, pengguna akan terlebih dahulu membekalkan pengenalan pengguna. Sistem komputer kemudian akan membekalkan beberapa pemboleh ubah sebagai cabaran. Pengguna seterusnya akan mengambil pemboleh ubah ini dan menggunakannya dalam rumus yang diberikan. Apabila jawapan bagi rumusan diperoleh, pengguna akan menginput jawapan ini sebagai sahutan kepada cabaran sistem. Sekiranya jawapan yang diberikan oleh pengguna adalah sama dengan jawapan yang ditunggu oleh sistem, maka identiti pengguna dapat disahkan. Contohnya, sistem komputer memberikan Ali rumusan X + (Y/Z) sebagai rumusan unik. Dalam proses log masuk, sistem komputer mencabar Ali dengan membekalkan pemboleh ubah X = 37, Y=14, dan Z=7. Ali menggunakan pemboleh ubah ini (37+(14/7) dan memperoleh jawapan 39. Ali menginput 39 sebagai sahutan cabaran dan dibenarkan masuk oleh sistem.
transdermal formulationrumusan transdermalPerubatanTiadaFormulasi ubat yang berbentuk tampalan atau salap, diletakkan pada kulit supaya ubat tersebut terserap ke dalam darah untuk menghasilkan kesan sistemik. Penyerapan rumusan transdermal adalah tidak menentu. Oleh itu, ia tidak digunakan untuk merawat masalah yang akut dan teruk. Contoh ubat transdermal ialah Nikotin, Nitrogliserin dan analgesik.
biofertilizerbaja biologiPertanianAgronomi

Rumusan campuran mikroorganisma berfaedah yang boleh diberi kepada akar, biji benih atau tanah untuk meningkatkan peleraian nutrien melalui aktiviti biologi mikroorganisma itu. Rumusan ini akan juga meningkatkan populasi mikroorganisma berfaedah dalam tanah dan dengan itu membaiki kesuburan tanah. Contoh baja biologi termasuk rhizobium yang digaul dengan biji benih kekacang supaya membolehkan pengikatan nitrogen dari udara. Selain itu kulat selulotik (menghadam selulos) dicampur dalam tanah untuk mempercepatkan penguraian bahan organik untuk membebaskan nutrien.

pollsterpeninjau pendapat awamSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau organisasi yang mengendalikan tinjauan pendapat awam. Individu atau organisasi ini bertanggungjawab memproses setiap perolehan tinjauan yang telah dibuat bagi mengumpulkan data-data untuk menghasilkan satu rumusan tinjauan pendapat. Lazimnya, rumusan tinjauan ini akan digunakan oleh parti-parti politik atau media untuk menyediakan strategi dalam menghadapi pilihan raya. Contohnya, akhbar News Straits Times dan Star sering menjadi peninjau pendapat setiap kali menjelang pilihan raya. Sinonim peninjau pengundi.
biofertilizerbaja biologiPertanianAgroteknologiBaja yang terdiri daripada rumusan campuran mikroorganisma berfaedah untuk pertumbuhan akar, biji benih atau kesuburan tanah bagi meningkatkan peleraian nutrien melalui aktiviti biologi mikroorganisma berkenaan. Rumusan ini juga akan meningkatkan populasi mikroorganisma berfaedah di dalam tanah. Contohnya, Rhizobium yang digaul dengan biji benih kekacang membolehkan pengikatan nitrogen dari udara. Kulat selulotik pula dicampur di dalam tanah untuk mempercepat penguraian bahan organik bagi membebaskan nutrien.
summary (speech)rumusan (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian kelima dalam struktur ucapan rasmi selepas bahagian kandungan utama. Bahagian ini dianggap strategik dalam ucapan perhubungan awam kerana di bahagian ini pengucap diberi peluang untuk mengulang dan menekankan isu-isu utama bagi memastikan khalayak memahami dan mengingati mesej utama yang telah disampaikan. Pengucap boleh menggunakan kaedah pemujukan emosi, amaran, cabaran, dan arahan di bahagian ini. Penyedia ucapan dan pihak perhubungan awam perlu mengenal pasti perkara-perkara utama yang perlu dirumuskan dan diberi penekanan di bahagian ini. Bahagian yang terdapat dalam struktur sesuatu ucapan ialah kata alu-aluan, kata penghormatan, pengenalan, kandungan utama, rumusan, dan penutup.
formularyformulaan/rumusanMatematikTiadaTiada
case summaryrumusan kesPendidikanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas