Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.tu.han] | رونتوهن

Definisi : , reruntuhan benda yg telah runtuh, bekas bangunan dll yg rosak, puing: Kemboja dan Thailand berperang kerana merebutkan ~ sebuah kuil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.tu.han] | رونتوهن

Definisi : benda atau sesuatu yg telah runtuh; bangunan dll yg runtuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata runtuhan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAH RUNTUHProses runtuhan atau penggeluncuran batuan atau bahan yang terluluhawa.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SAMOTHRACE,

Samothrace, juga dikenali sebagai Samothraki,

ialah pulau Yunani yang banyak disebut dalam

mitologi Yunani. Pulau ini meliputi kawasan seluas

178 kilometer persegi di Laut Aegean (lihat Greece

[peta]). Penduduknya berjumlah 2871 orang.

Pelancongan dan keluaran buah zaitun serta buah-

Buahan merupakan industrinya yang utama.

Runtuhan yang dijumpai di Samothrace bertarikh

semenjak tahun 500 S.M. Pada tahun 1863, patung

Winged Victory Samothrace yang masyhur dijumpai

di pulau ini .

UMUM 
PULAU LAMBAY

Pulau Lambay ialah sebuah pulau kecil di Laut

Ireland, di luar pantai kaunti Dublin, Ireland. Ia

mempunyai kawasan seluas lebih kurang 21

kilometer persegi. Pulau ini dikenali sebagai

tempat perlindungan burung. Pulau ini milik

peribadi dan pengunjung mesti mendapatkan

kebenaran khusus. Lambay merupakan tempat

serangan pertama orang Viking terhadap Ireland

pada tahun 790-an. Pulau ini mempunyai runtuhan

benteng yang dibina semenjak tahun 1500-an.

UMUM 
ARKEOLOGI

Arkeologi ialah kajian saintifik tentang tinggalan

budaya manusia pada zaman lampau. Ahli

arkeologi menyelidik kehidupan manusia awal

dengan mengkaji objek yang mereka tinggalkan.

Objek ini termasuk bangunan, kerja seni, perkakas,

tulang-belulang dan barang tembikar. Ahli

arkeologi mungkin membuat penemuan yang

menarik, seperti makam yang berisi emas atau

runtuhan puing-puing kuil yang indah di tengah-

tengah hutan.

UMUM 
MONT PELÉE

Mont Pelée ialah gunung berapi yang aktif di

bahagian hujung utara Martinique, di Hindia Barat

Perancis. Ketinggiannya 1397 meter di atas aras laut.

Mont Pelée meletup dengan kuat pada tahun 1902,

selepas terpendam semenjak tahun 1851. Tanah

lumpur dari letupan ini memusnahkan kawasan

cerun gunung ini. Timbunan lahar setinggi 300 meter

terbentuk di dalam kawahnya dan satu puncak

menara batuan telah ditujah setinggi 300 meter. Satu

runtuhan lahar merah, panas dan kepulan gas panas

mengalir turun dan memusnahkan bandar Saint-

Pierre yang lebih kurang 38 000 orang terbunuh.

Hanya seorang banduan yang terperangkap di dalam

bilik kurungan bawah tanah terselamat. Kini kerajaan

Perancis mengendalikan sebuah balai cerap gunung

berapi di atas Mont Pelée.

UMUM 

Kembali ke atas