Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.sa] | روسا

Definisi : sj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung; ~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~ kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap itu drpd melakukan pekerjaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.sa] | روسا

Definisi : ; akar ~ = rusa-rusa sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar kacang-kacang, Agelaea verstita; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), mempisang, Vitex hollrungii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.sa] | روسا

Definisi : nama sj binatang liar yg tanduknya bercabang-cabang, Cervus equimus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rusa

Puisi
 

Rusa ini rusa betina,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Musim ini musim tua,
     Kalau mati berkurang jangan.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Rusa dan TapirKen RubeliDewan Pelajar1 December 1981
Rusa Diburu Kerana TandukArmin Azhari SalehDewan Budaya1 February 2000
Rusa:dari hutan rimba ke mana ?Dahlan IsmailDewan Masyarakat1 March 1997
Nasib rusa sombongRossilawati SulorDewan Pelajar1 June 1983
Kumbang RusaTiadaDewan Siswa1 November 1993
Menternak rusa liarZ. A. ADewan Siswa1 January 1987
Ternakan Rusa berpotensiBaharum SulaimanDewan Masyarakat1 April 1996
Gagak dan RusaShamsuddin JaafarDewan Sastera1 February 1996
Empat buah sajak-Memburu RusaA. Wahab DangiDewan Pelajar1 August 1975

Kembali ke atas