Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.sa] | روسا

Definisi : sj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung; ~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~ kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap itu drpd melakukan pekerjaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.sa] | روسا

Definisi : ; akar ~ = rusa-rusa sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar kacang-kacang, Agelaea verstita; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), mempisang, Vitex hollrungii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.sa] | روسا

Definisi : nama sj binatang liar yg tanduknya bercabang-cabang, Cervus equimus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rusa

Puisi
 

Rusa ini rusa betina,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Musim ini musim tua,
     Kalau mati berkurang jangan.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
digolong[di.g.l]kata kerjaditerkam, digigit, dibaham.Duo eko ruso polihara kek soroting digolong dek rimau, abih bosopai.[du.w E.k Äu.s p.li.hA.r kE/ s.č.tEN di.g.lN dE/Äi.mAw ­­A.bih b.s.pAj dA.giN.E]Dua ekor rusa pelihara di Sereting, dibaham harimau, habis bersepai dagingnya.
popah[p.pAh]kata namaadangan untuk menangkap binatang di hutan (seperti rusa dan lain-lain).Nak nangkap polanduk, kono buek popahe baru pasang jorek.[nA/ nAN.kAp p.lAn.du/ k.n bu.wE/ p.pAh.E bA.Äu pA.sAN dZ.ÄE/]Nak menangkap pelanduk, kena buat adangannya baru pasang jerat.
tohangak-hangak[t.hA.NA/.hA.NA/]kata kerjatercengang-cengang.Bilo dio sampai kek pokan tu, dio tohangak-hangak macam ruso masuk kampong.[bi.l di.j sAm.pAj kE/ p.kAn tu di t.hA.NA/.hA.NA/ mA.tSAm Äu.s mA.so/ kAm.pN]Bila dia sampai di pekan itu, dia tercengang-cengang macam rusa masuk kampung.

Kembali ke atas