Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.yung] | رويوڠ

Definisi : kulit atau kayu yg keras drpd batang rumbia (enau dll); jika tidak dipecah ~ di mana boleh mendapat sagu prb tidak akan tercapai cita-cita dgn tidak berusaha kuat; awak yg payah membela ~, orang lain yg beroleh sagunya prb kita yg berusaha dan bersusah payah tetapi orang lain yg mendapat faedahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.yung] | رويوڠ

Definisi : 1. Kl condong, senget (rumah, pokok, dll); 2. Pr huyung; ® royong II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.yung] | رويوڠ

Definisi : lapisan kulit batang pokok palma yg kuat dan keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ruyung

Peribahasa

Bertemu beliung dengan ruyung.

Bermaksud :

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
proverbbidalanKesusasteraanPuisiPepatah atau peribahasa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Pada kebiasaannya isi ataupun amanat yang terkandung dalam sesuatu bidalan itu merupakan nasihat, peringatan, sindiran dan juga panduan hidup. Penyusunan kata� katanya juga lurus dan sederhana supaya dalam maksud yang hendak disampaikan mudah difahami oleh khalayak. Contohnya, seperti di bawah. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Kembali ke atas