Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, bagaimanakah kata "Nabi Muhammad s.a.w" dan "Allah S.W.T"? Kedua-dua kata ini perlu ditulis sebagai bentuk "Nabi Muhammad s.a.w." atau "Nabi Muhammad S.A.W.", dan bentuk "Allah s.w.t." atau "Allah S.W.T."? Satu soalan lagi. Ada titik noktah di belakang kata "s.w.t." dan "s.a.w." tak? Jadi, perlu ditulis "s.w.t" atau "s.w.t." (dengan adanya titik noktah di belakang kata ) dan "s.a.w."(adana titin noktah di belakang kata) atau "s.a.w" (tiada titik noktah di belakang kata)

Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Ejaan21.01.2015
Dalam penulisan, kalau kita hendak menulis Baginda Rasulullah s.a.w, Perkataan s.a.w ditulis dengan huruf kecil atau besar?Ejaan yang tepat ialah Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT.Tatabahasa11.07.2013
assalam.saya ingin bertanya mengenai ejaan huruf besar dan huruf kecil. -Allah SWT@s.w.t -Nabi Muhammad s.a.w@SAW -al-Quran dan Hadis -ejaan dalam ayat seperti ...kelebihan mengamalkan hadis@Hadis ini?-->contoh ayat -perkataan seperti contoh hadis qudsi adalah....-->adakah ejaan hadis qudsi adalah kecil atau perkataan awal H dan Q besar?Ejaan yang betul ialah Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, al-Quran, hadis dan hadis kudsi.Ejaan24.07.2012
1) Adakah kata gantinama Tuan untuk Nabi s.a.w sesuai dimulakan dengan huruf besar? 2) Bolehkan mulakan ayat selepas noktah dengan perkataan 'kerana' atau 'dan'?Kata ganti nama yang sesuai untuk Nabi SAW ialah Rasulullah/Ya Rasulullah. Kata ganti nama Tuan tidak digunakan untuk Nabi SAW.

Kerana ialah kata hubung yang menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian. Oleh yang demikian, kerana tidak digunakan dalam permulaan ayat selepas noktah. Perkataan dan pada dasarnya, mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, seharusnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat kecuali dalam penulisan karya sastera yang dihasilkan oleh sesetengah pengarang, terdapat penggunaan "dan" pada permulaan ayat  kerana ia merupakan gaya pengarang itu sendiri yang gemar menggunakan ayat yang pendek-pendek.
Tatabahasa06.02.2019
Apakah kata ganti nama yang digunakan untuk merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kenapakah kata ganti nama yang digunakan ialah 'baginda' dan bukannya 'beliau'? Terima kasih.Beliau ialah kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati, manakala baginda kata yang digunakan sebagai gelaran pada pangkal nama seseorang raja atau sultan dan Baginda hanya merujuk Nabi Muhammad SAW. Hal ini demikian kerana kedudukan Nabi Muhammad lebih tinggi daripada orang yang dihormati daripada kalangan orang kebanyakan dan juga lebih tinggi daripada sultan.Tatabahasa30.05.2011
Salam. Saya ingin menanyakan mengenai ejaan nama Aminah (ibu kepada nabi Muhammad S.A.W) kepada ejaan jawi. Alifnya mempunyai hamzah atau simbol panjang atau hanya alif sahaja. Sekian Terima kasih.Ejaan nama Aminah (termasuk ibu nabi Muhammad SAW) tidak ada hamzah atau simbol lain di atas huruf alif.Ejaan24.12.2009
Adakah perkataan 'uswah hasanah' yang bermaksud contoh teladan baik merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w boleh digunakan dalam Bahasa MelayuMaksud uswah hasanah ialah contoh teladan yang baik yang merujuk kepada Nabi Mohamad SAW. Perkataan tersebut boleh digunakan untuk tujuan tersebut.Makna01.03.2007
Assalamualaikum tuan/puan, Kata ganti nama yang sesuai untuk para nabi selain Nabi Muhammad s.a.w., adakah "baginda" ataupun "beliau"? Terima kasih.Kata ganti nama bagi nabi dan rasul ialah baginda.Tatabahasa10.04.2021
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan "berkhalwat" digunakan dalam ayat seperti berikut: Muhammad ( merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W ) sedang bersendirian berkhalwat di dalam Gua Hira? Pertanyaan ini diajukan kerana terdapat sebuah buku yang dijual oleh Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd di Kota Kinabalu, Sabah. Buku tersebut ditulis oleh Nanwawi Dusuki, Dicetak oleh Triple Print WMBP Sdn Bhd, Se;angor Tahun 1996 dan cetakan ke limanya pada tahun 2009. Sekian terima kasih.Khalwat ialah perkataan Arab yang bermaksud perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dan lain-lain. Dalam buku sirah Rasulullah sering ditemukan perkataan berkhalwat apabila merujuk peristiwa Rasulullah di Gua Hira. Tidak menjadi suatu kesalahan dalam penggunaan kata khalwat tersebut kerana bersesuaian dengan konteks ayat dan latar budaya/ceritanya. Hal ini berbeza dengan penggunaan perkataan khalwat dalam konteks umum yang membawa maksud negatif dalam kalangan masyarakat kita.Tatabahasa07.04.2013
Assalaamu'alaikum w.b.t. Bagaimana meletakkan tanda petik sekiranya terdapat dua petikan di dalam satu ayat yang sama. Contohnya: Anas bin Malik r.a. berkata, rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang hinggalah dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya." 1. Adakah terdapat kesalahan di dalam ayat di atas? 2. Sekiranya tiada, bukankah terdapat dua orang penutur di atas, iaitu Anas bin Malik r.a. dan Rasulullah s.a.w? Adakah kata-kata Anas (katanya) tidak perlu diletakkan tanda petik? Terima kasih.Dalam konteks ini, hanya seorang sahaja yang menuturkan petikan tersebut, iaitu Anas bin Malik. Beliau hanya memetik sabda Rasulullah SAW. Oleh itu penggunaan tanda petik dalam contoh ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa26.04.2010
1234

Kembali ke atas